Main Bontot

02 Jun 2010 Dikarutkan oleh Linglung


***Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Pengawasan ibu bapa diperlukan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun***

Gua lelaki tulen, dibesarkan dalam sebuah keluarga bahagia yang serba sederhana. Dari kecik gua dididik orang tua suruh hormat kat orang lebih dewasa, "nanti hidup kau lebih berkat dan dihormati orang sekeliling".

Sebab orang tua gua, gua dapat hidup 28 tahun di muka bumi ni. Dari sesuap bubur, dari sebotol susu, dari selibas rotan, dari pelempang cap tangan, gua membesar jadi manusia. Minta saja apa pun, seboleh mungkin orang tua gua cuba penuhi.

Akhirnya, berkat kesabaran dan pengorbanan orang tua gua, gua dapat masuk universiti. Pum pam pum pam stadi, makan tahun lama dia, dapatlah gua segulung ijazah. Dari ilmu yang orang tua gua anta gua belajar, dari pengalaman yang gua sauk selama bertahun-tahun hidup, gua berjaya dapat kerja bagus.

Bertahun curi pengalaman kerja sana-sini, gua dipelawa untuk menjadi Personal Assistance kepada seorang menteri. Tak fikir banyak, gua sebat pelawaan tu, gaji pun lebat. Boleh berkelana merata tempat ikut boss. Tak ada apa yang boleh dibanggakan sangat, tapi gua bangga boleh buat orang tua gua bangga. Pada mereka, berbaloi segala penat lelah membesarkan gua.

Hari makan hari, bulan makan bulan, kesungguhan gua buat kerja membuatkan gua makin diyakini oleh boss. Segala apa kerja yang diberi, gua buat tanpa banyak songeh, iya, gua memang handal. Orang tua gua juga yang ajar gua semua benda ni. Buat apa benda sekalipun, biar berjaya, jadi yang terbaik dalam apa benda yang dibuat.

Boss gua ke Amerika, gua ikut sama. Boss gua ke Arab Saudi, gua pun ada sekali. Pendek kata, mana boss gua ada, situ jugalah gua ada. Boss gua masuk tv, gua pun tumpang sekaki enter frame. Pergi mati la orang nak cakap apa, yang penting orang tua gua boleh cerita kat orang kampung nanti anak dia masuk tv.

Makin lama gua kerja dengan boss gua, makin rapat gua dengan beliau. Dalam 24 jam sehari, boleh kata lebih separuh hari gua bersama boss gua. Gua pun dah anggap dia macam bapak gua sendiri, umur dia pun baya-baya bapak gua.

Satu hari yang kelam, boss gua panggil pergi rumah dia, ada hal urgent katanya. Sesampai gua di sana, boss gua jemput gua masuk. Anak bini dia tak ada kat rumah. Boss gua bagi kerja suruh siapkan, tak ada la banyak manapun. Gua buat kerja kat bilik boss gua.

Tiba-tiba, boss gua datang dekat dengan gua, tanya benda pelik-pelik, gua pun jadi pelik. "Apa sangap sangat ke boss ni?", hati gua tertanya-tanya. Tak semena-mena boss gua cuba meraba kelelakian gua. Gua tepis dengan tangkas, jangan main-main, kecik-kecik dulu gua belajar silat cangkuk. Silat ni, sekali leher kena cangkuk, seminggu teleng pergi dia.

Boss gua tolak gua ke dinding, cuba lucut seluar gua. Gua kerah tenaga muda gua melawan. Bukan susah mana pun. Apa benda badan muda kuat-kuat dengan orang tua pun tak boleh nak lawan? Gua anak jantan derr. Hari tu baru gua tau yang boss gua ni agak songsang. Dulu gua dengar orang cakap saja, sekarang gua dah kena sendiri.

Gua hulur tangan kat boss gua nak angkat dia, dia bangun. Gua cakap kat boss gua, jangan main gila dengan gua.

Gua ada tunang, gua ada impian besar.

Kalau diri sendiri gua tak boleh nak pertahankan, macamana gua nak jaga tunang gua, bakal bini gua?

Tak sekali-kali gua akan hanyut dengan benda-benda tak lurus macam tu.

Gua ada hak nak pertahankan diri gua dari dinodai makhluk sama jantina.

Gua ada mak bapak kat kampung, maruah dan air muka diorang gua nak kena jaga juga. Malu orang tua gua kalau tau gua kena tala dengan orang tua, sumpah malu.

Apa guna badan gua kuat-kuat, sikit punya tegap, dengan orang tua pun gua tak boleh lawan?

Boss gua tu dah la tak berapa sihat. Kadang-kadang bila sakit, nak jalan pun bini dia tolong pimpin. So mana logiknya kalau gua dinodai oleh boss gua yang uzur tu?

Gua anak jantan, gua muda, gua masih kuat. Segala kelebihan ada kat gua. Mana mungkin hidup gua digelapkan oleh peristiwa hitam macam dinodai boss sendiri?

Otak letak kat kepala, bukan kat kepala lutut derr...

Amacam? Macam Kisah Benar kat TV3 tak? keh keh keh..

Nota kaki: Ingat! Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Sila percaya.
-TAMAT-

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 35 KOMENTAR

35 Response to "Main Bontot"

  1. citahrudin Says:

    hahahaha...
    bukan gaya kesah benar lagi dah
    ni level kesah paling benar yang paling karut..

    p/s - kalu lu buleh sambung kesah ni, gua bagi tabik.

  2. sarah shafie Says:

    wahaha..betul2 kisah benar ni.

  3. Roronoa Zoro Says:

    haha.. ko tipu.. ini mmg kisah benar.. wtf wit sialfool tue.. haha..

    dari dulu lagi aku dah dapat tgkap dia menipu.. paling latest pasal silap kunci apartment.. nipu ke kojenye.. =P

  4. gadis comel Says:

    ntah..

    kenapa dia tak melawan ek? kuat sgt ke kudrat boss dia tu sampai dia boleh ternoda???


    hohoho.. eh, tlg sambung cite ni bro..

  5. Linglung Says:

    citahrudin - hehehehe...lu paham secara mendalam sgt ni derr..

    gua nak sambung juga gua rasa...tp nnt la.

    sarah shafie - tak berapa benar sgt..diam2 suda

    Roronoa Zoro - Jangan sebut nama..yg si dia tuh mana abis study. yg dlm cerita gua ni, dia abis study...salah org tu derr...keh keh keh

    gadis comel - sbb dia lembik kot...entah, gua pun tak pasti la..

    nnt gua sambung bila dtg mood 'main bontot'

  6. daisy Says:

    mana la tau kan lepas lu pegang dia jadi gagah perkasa.ha..ha..

  7. amelia Says:

    perli baik punya!!!

  8. stiffler Says:

    woi..mana main bontot nya?..adoi..gua dah sedap baca tiba tiba lu tepis tangan boss lu apehal..lain kali buat cerita lu sanggup dinodai oleh boss lu..baru sedap!

  9. ::cdot the dot:: Says:

    gua dah bygkan sapa pnya cerita ni...mmg mcm haram dia tuh...

    feel dah naik, tetiba lu downkan...ni camne nak naikkan ni??

  10. Razman Says:

    haha..mula2 lu cte, gua igt lu nk bekap malaun tu...gua dh angin..igt lu sama bodoh mcm malaun tu..last2 ending, lu pun dh pk sama mcm org waras..tak logik la budak muda xleh lawan org tua yg dh kena pukul balun sparuh mati.. org tu jalan pun paksa diri bg larat.. penipuan zman skrg bodo btol..sbb rmai org bodo yg nk pcye.. bg duit juta2, sgup bsumpah mainkan agama..

  11. AyuE Says:

    ni cita betol ke tipu ni derr???gua confius dah..tapi logik gak muka lu dah ganas abis takkan bila bos nk main belakang lu tak leh lawan kan...haha

  12. Frodo Baggins Says:

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  13. ezam Says:

    makan dalam.......


    takmo komen..nanti kena c4...

  14. Linglung Says:

    daisy - mana mungkin!!

    amelia - mana ada gua perli..cerita rekaan semata2

    stiffler - gua tak sanggup nak buat ending sebegitu derr..keh keh keh

    ::cdot the dot:: - belia benci mamat tersebut!!

  15. Linglung Says:

    Razman - hehe..marah btol lu bro?? gua pun xtau nak cakap apa lagi..geleng kepala saja lah

    AyuE - derr..ini cerita rekaan semata-mata..hehe..peace!!

    Frodo Baggins - ni cerita separa benar kot..ikut lu la nak anggap mcmana


    ezam - gua ada baju kalis c4!!jgn main2

  16. jane Says:

    a walk to remember


    erk????????
    apapon..suke profile pic ko

    keh3x

  17. cik nUnU Says:

    cehh!!!
    baru nak tanya kesah benar atau rapuan semata...

    tapi..betol kew rekaan semata..??kihKIH

  18. ellis suriyani Says:

    errk...main bontot???

  19. Linglung Says:

    jane - profile pic gua? takda gaya org main bontot kan? gua lurus der.. keh keh keh

    cik nUnU - merapu je nie derr..sindir sikit2 saja

    ellis suriyani - apsal? xsuka? gua pun xsuka..

  20. Bunga Binti Nordin Says:

    mengundang

  21. miss lolly a.k.a luvfareda Says:

    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



    bahayaaaaaaaaaa.

  22. shasha bee Says:

    pergghhh...lu tolonggglahhh cont cita nii gua ska gila der. haha~

  23. eqacashperlala Says:

    pergh!

    naseb baik watak 'gua' itu melawan drpd melayan napsu si tua BUAS.

    haha!

    best kowt rekaan ini. :)

  24. Tanpa Nama Says:

    kadang-kadang..tak perlu dengan kekuatan fizikal..

    Kuasa,jawatan dan pengaruh besar yang ada pada sesorang tersebut sudah cukup untuk memaksa.

    Apatah lagi kalau semua maklumat pekerjanya berada di dalam tangan.... =)

  25. Linglung Says:

    Bunga Binti Nordin - takde kaitan dgn hidup dan mati ni..serius..

    miss lolly a.k.a luvfareda - ?? apa yang bahaya??

    shasha bee - errrk??? lu suka? tak normal gua rasa lu ni der..

    eqacashperlala - gua melawan sebab gua kuat dan muda lagi...huhu

    Tanpa Nama - itu buah fikiran masing2. apa pun kita buat, jgn maruah yg digadaikan.

  26. Affan Ruslan Says:

    Salam.

    Aku rasa macam pengalaman ko je ni. bukan main2 ni bhai, hehe

  27. semutapi Says:

    haaaa...tau dah pasal apa cerita ni :p

  28. Keyrill Eduardo Willeyhem Says:

    hahahaha ... tak pasti lagi dia ternoda ke tak...hahahah! well, memang kisah benar! :P

  29. sAyOobAeQ Says:

    haha sengal

    nanti kene betol2 baru hang taw ahah

  30. Alexandriana Alia Says:

    mmg benar belaka!

    tak namanya lelaki muda boleh 'kalah' dengan si tua...

    orang gila pun tau pk logik. Lol

  31. saljihitam Says:

    terasa mak nakkk.

    kah kah kah. double thumbs up !

  32. Muhammad Helmi Says:

    macam-macam ada...

  33. Mak Yuzuhiko Says:

    bermula perenggan ke 5 lagi aku dah dapat betul2 sure makna di sebalik tajuk entri. haha

  34. pak lang Says:

    hahaha.....sapa kata lu punya cerita tak dak kaitan dengan org yg masih idup...lu punya cerita ni macam ada satu kes mahkamah yg cukup popular...tapi lu harap dia org tak baca lu punya cerita maa...takut lu kena saman malu pulak...

  35. Tanpa Nama Says:

    1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.