Biar Gambar Saja Yang Bercerita

30 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung
Dah dekat seminggu gua linglung, gua lupa pasal dunia maya. Dah hampir seminggu juga gua tinggalkan pulau lanun, Pulau Perhentian. Gua bukan apa, gua belum dapat feel hidup atas darat. Empat hari hidup di pulau dan lautan, tak sama macam hidup setahun di darat dan kota. Semuanya tak sama.

Gua masih terasa macam orang pulau. Gua benci hiruk-pikuk kotaraya. Gua pening dengan suasana di daratan. Gua sesak dengan udara kotor. Telinga gua bingit dengan macam-macam bunyi bingar .

Bukan saja tapak kaki yang gua tinggalkan kat sana, tapi hati gua sama. Semuanya berbekas indah.

Gua cuba nak ambil feel nak menulis. Gua pejam mata, gua tarik nafas, tapi feel tak sampai juga.

Gua rasa baik gambar-gambar kenangan saja yang bercerita. Kadang-kadang, menatap gambar itu lebih indah dari mendengar bicara atau membaca tulisan merapu gua.

Layankan saja.


Ini masa sampai kat Kuala Besut. penat nak mati drive 9 jam. Gila babi cakap lu. 


 
  

  

 Gua ambil gambar mamat baju biru ni tengah main bola tampar. Sumpah hebat gila. Gua kagum dengan beliau. Ada gaya bintang! Sila kagum sama.

 
Gua dah cakap dah mamat baju biru ni memang hebat.

 

 

 

 

 Panorama 5 bintang!

 
 Gua suka snorkeling, maka gua enjoy.............iya, betul.

 

 

 

 

 Syok gila babi. Omputih cakap 'crazy pig syok'.

 Yang ni nama dia penyu. Nama surat beranak dia Penyu Agar.

 

 

 Orang kalau tengah seronok dan gembira mesti buat gaya macam ni.

 Ini namanya ikan. Nama surat beranak beliau adalah Jerung. Bin atau binti apa, gua malas nak amik tau.

 Lokasi : Di tengah Laut China Selatan

Ini pun namanya ikan. Nama samaran mereka adalah Nemo. Nama surat beranak pula gua tak pasti. 

 

 

 Jerung dengan kami adalah sahabat baik. Sila percaya.


 Nasib baik penyu ni tak berak ini jam.

 
 Lepas terjun, malam sikit kena telan Panadol Activfast. Sumpah pening.

 Sempat lagi lumba berenang dengan penyu. Gua menang. Sila percaya.


 Ni brader Mat, taiko snorkeling kami.

 

 


Ada juga gambar gua comolot dengan jerung, tapi gua malas nak upload. Tak senonoh rupa gambar tu. Lagipun gua malu juga, dengan haiwan pun gua boleh terangsang. Apa cerita?

Kalau lu orang nak bercuti kat pulau lanun ni dengan pakej terbaik, gua rekemen lu orang call saja number ni 012 222 3414. Nombor memang cantik, orangnya pun baik, servis pun mantap, murah pulak tu. Gua tak tau nak cakap apa lagi.

Nota kaki: Kalau gua jadi lu orang, sekarang jugak gua booking. Nenek gua cakap, sia-sia hidup kalau tak pernah pergi Pulau Perhentian.

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE
Share
CAKAP-CAKAP: 23 KOMENTAR

Berenang Ke Syurga

20 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung


Di kala lu orang membaca syair ini,

Mungkin gua tengah duduk atas belakang penyu yang sedang berenang-renang di Laut China Selatan.

Mungkin juga gua tengah berperahu layar di tengah laut.

Atau mungkin sedang bersantai di tepi pantai sambil membaca novel cinta.

Mungkin juga gua sedang bermain violin di atas batu besar di hujung pulau.

Mungkin juga gua tengah layan choki-choki dengan Lisa Surihani berminumkan air oren yang limaunya dipotong nipis lalu dicucuk di tepi gelas. 

Mungkin juga...panjang sangat kalau gua nak cerita semua. Nanti-nanti saja la gua cerita lepas balik pulau nanti.

Tunggu gua balik. Jangan rindu-rinduan. Andainya rindu juga, pejamkan mata dan sebut saja nama gua berkali-kali sehingga hilang rasa rindu tersebut. Sila jangan buat. Doakan saja gua selamat. 


Ada gaya syair ke ni? Tak kisah la. Layan saja.

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 30 KOMENTAR

Polis Panjat Pagar

18 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung
Mari mengenal Pekan : Yang hitam putih tu bas Bee Huat. 
Yang hitam oren tu pula bas Rahmat Alam.

Gua dulu pernah jadi polis. Serius gua tak tipu. Tapi pangkat gua hanyalah seorang kadet cabuk saja. Tapi, walaupun gua polis, itu jam misai gua belum tumbuh lagi, tak boleh nak sungkit-sungkit misai lagak seorang polis segak dan garang serupa A Galak. Apa yang penting, gua sudah baligh itu jam. Apa yang penting lagi? Iya, kerjasama.

Geng sejawat gua, Apis Mael dan Izhar, dua-dua pangkat prebet saja, campur gua, jadi tiga prebet. Kami menyertai kadet polis berpusat di sekolah kami kat Pekan.

Satu pagi yang indah, burung berkicauan di tingkap dorm, tahi burung bersepah-sepah di koridor belakang bilik. Ok, itu tak ada kena-mengena dengan cerita ni.

Cerita sebetulnya begini...

Satu pagi yang indah, gua berpakat dengan geng sejawat gua untuk keluar bersiar-siar secara haram ke bandar Kuantan. Kegiatan keluar bersiar-siar secara haram ini lebih famous dipanggil 'fly' di kalangan anak-anak yang pernah bersekolah asrama.

Jauh Pekan-Kuantan, gua rasa mau 9 batang rokok juga kalau dihisap secara serius dan khusyuk. Kalau hisap - hembus - layan feeling ingat makwe, 5 batang rokok saja gua rasa. Itu cerita dia kalau naik bas Bee Huat.

Sebagai remaja terkongkong, peluang dapat fly ke bandar maju seperti Kuantan adalah satu pencapaian hebat, sangat hebat. Selepas puas kami bersiar-siar, berbaskan Rahmat Alam berwarna oren putih, kami pulang ke Pekan. Sampai semula di sekolah, itu jam, hari dah mahu senja. Lantas kami merancang untuk masuk secara tentera militan, panjat pagar melalui hutan belantara di tepi sekolah. Semua tu kecil punya hal, bak kata member gua dari Sabah, alah bisa luar biasa.

Satu lagi halangan yang gua dan geng sejawat gua perlu lepas adalah longkang selebar sebiji setengah kereta kancil. Mula-mula gua geleng kepala juga. Gua tengok Apis Mael dan Izhar, mereka pun geleng kepala sama.

" Macamana?", gua tanya 2 orang geng gua.

" Nak lompat?", Izhar tanya gua.

" Tak perlu, kita berenang dalam air taik ni pergi seberang pun cantik juga, ye dak?", gua jawab dengan mudah.

Itu jam, tak ada cara lain, memang kena lompat. Selepas berbincang bagai merpati 3 sejoli, kami bersetuju untuk guna kaedah pecut-lompat. Kaedah ini memerlukan larian pecut jarak dekat dan apabila hampir sampai di tebing longkang, lonjakan seperti dalam acara lompat jauh perlu digunapakai. Gua, Apis Mael dan Izhar setuju.

"Kau gerak dulu", gua cakap kat Izhar.

"Cibai..aku jugak yang kena". Izhar memulakan percubaan pertama.

Pecut............lompat! Lepas! Izhar senyum. Gua dan Apis Mael urut dada.

Masuk pula turn gua.

Pecut............gua brek betul-betul dekat tebing longkang. Nafas gua tak cukup. Gua tengok dalam longkang, dalam dia ada setinggi budak tingkatan 5 yang subur dan cukup makan. Sumpah gua nervous macam haram itu jam. Silap langkah,  gua masuk longkang minum air taik. Gua patah balik. Gua atur pernafasan. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.

Gua pecut......lompat! Lepas! Gua pula senyum. Gilirin Izhar dengan Apis Mael pula yang urut dada.

Tiba turn Apis Mael. Apis Mael ni susuk tubuh dia tegap. Cuma kelebaran dan kapasiti badan dia sedikit membimbangkan gua dan Izhar. Senang cerita, beliau kurus sedikit daripada Adibah Noor. Ok, gua tipu. Beliau lebih kurang Afdlin Shauki secara kasarnya. Dah dapat bayang susuk tubuh Afdlin macamana? Mantap bukan?

Apis Mael pecut...........tak ada brek-brek........sampai tebing longkang, kaki kanan dilonjak sepadu mungkin, badan dilayangkan umpama rama-rama terbang.

Keceburrrr!! Sangat mantap aksi tersebut. Mata gua dengan Izhar berlinangan. Air mata gua lap slow-slow pakai baju gua. Gua tak boleh lupa aksi tersebut. Perut gua  itu jam rasa nak krem. Sumpah gua lawak bercampur sedih tengok  gua punya geng disaluti air longkang berwarna hitam-hitam cerah. Gua dan Izhar tarik Apis Mael keluar dari longkang jahanam tersebut.

Kesudahannya, gua, Apis Mael dan Izhar kena tangkap juga akibat kegiatan fly tersebut.

Esoknya, hari berpakaian seragam. Gua dengan geng sejawat gua macam biasa, sauk seragam kadet polis warna biru gelap. Cikgu Bahasa Melayu gua, cikgu Azaman masuk kelas.


Intro pelajaran itu pagi, "Malam-semalam, ada tiga orang polis kena tangkap panjat pagar".

Semua budak kelas pandang gua dengan geng sejawat gua. Gua, Izhar dan Apis Mael senyum nipis saja. Malas nak cakap banyak. Gua ingat pesan mak gua, kadang-kadang diam itu lebih baik. Gua pegang cakap mak gua, gua steady.

**************************************************************************
Gua nak ucap Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah ajar gua.

Serius, kalau gua la jadi cikgu kepada gua, gua bangga sebab ada bekas anak murid yang macam gua. Gua serius ni, jangan senyum.

Gua tiba-tiba rasa nak menyanyi lagu sekolah....izinkan gua bernyanyi.

Sekolah kami yang berwawasan
Ilmu Amal Budi
Kuning merah biru hijau
Misi sepadu
Akan kami menggarap impianmu


Setia pada ibu ayah
Taat pada guru
Sayangi diri sendiri..
Tuhan bersama kami

Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah
Menjulang namamu megah
*
*
Gua sudah lupa lirik. Cilakak! Otak gua dah berkarat gua rasa.

Where Excellence Is Created. 
Gila gempak gua punya sekolah.

Nota kaki:
- Gua tak pernah lawan cakap cikgu masa sekolah dulu. Sumpah tipu. Sila percaya.
- Apis Mael dengan Izhar dua-dua dah kahwin, gua tunggu masa je ni. Sila percaya juga.

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 34 KOMENTAR

Sang Gadis Sebuah Diari

15 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung

  "While you SCREAM at your woman, there's a man wishing he could talk softly to her ear. While you HUMILIATE, OFFEND and INSULT her, there's a man flirting with her and reminding her how wonderful she is. While you HURT your woman, there's a man wishing he could make love to her. While you make your women CRY there's a man stealing smiles from her."

Gua setuju. 

Hadirnya sang gadis untuk disayangi. Lembutnya sang gadis untuk dicintai. Manisnya sang gadis untuk dirindui. Lemahnya sang gadis untuk dibelai manja.

Tapi kadang-kadang, sang gadis memeningkan kepala juga. Gua ulang, kadang-kadang. 

Kadang-kadang, sang gadis buat apa benda ikut suka dia saja. Gua ulang lagi, kadang-kadang. 

Kadang-kadang juga, sang gadis sukar difahami, boleh buat sang jantan jadi bingung, bengong lagi bangang. 

Tapi apapun kisahnya, sayangilah sang gadis seadanya. Sang gadis adalah pelengkap cerita cinta di dunia. Tanpa sang gadis, tiada cinta sesama manusia, melainkan manusia itu songsang. Gasak diorangla orang-orang songsang ni. Yang penting, gua tak songsang. Gua lurus, tak ada bengkok-bengkok punya. Gua pernah tengok lelaki bogel, dan gua syukur, 'adik' gua tetap tidur lena. Itu saja dah cukup membuktikan kelurusan gua. Nak apa lagi?

Cinta?

Gua teringat Shah cakap dalam KL Menjerit, ' cinta takkan datang kalau tak dicari, cinta takkan dapat kalau tak memberi '. Tapi kena ingat juga, cinta bukan senang-senang saja nak cari macam cari kuih dekat pasar malam. Cinta manusia perlukan 2 hati untuk bersatu. Gua juga sangat yakin, cinta manusia juga perlukan 2 jiwa untuk bernyawa.

Gua ingat lagi, Shah ada cakap, ' Hidup tanpa cinta ibarat hidup tanpa cita-cita '.   Iya, gua pernah hidup tanpa cinta. Hidup agak mendatar dan kusam tanpa cinta. Tapi kena ingat juga, cinta dalam hidup bukan terhadap manusia semata-mata. Gua malas nak cerita panjang yang selebihnya, lu pikirlah sendiri. 

'Bicara tentang cinta, bicara manusia, bicara tentang setia'. 

Yang ni gua angguk saja. Sebab ianya sangat betul. Kalau benda alah ni pun tak boleh nak buat, gua cakap macam ni saja, " orang bercinta lu pun nak bercinta, tapi bangang!", disusuli dengan pelepow bertalu-talu di ubun-ubun orang yang berkenaan.

Senang saja sebenarnya, cinta perlu jujur dan setia.

Gua pernah kenal seorang penumpang bumi yang sentiasa ingin belajar pasal cinta. Gua pelik sebenarnya. Pada gua, cinta tak semudah nak dipelajari dari buku-buku atau pengalaman orang lain. Cinta akan jadi lebih indah jika dipelajari dengan pengalaman sendiri. Cinta akan jadi lebih menarik jika dilalui dengan penghayatan dari hati. 

Gua bukan apa, gua sangat tak berminat nak belajar dari orang lain berkenaan cinta. Mereka adalah mereka. Gua hanya sekadar memerhati dan berfikir. Semua yang gua fikir gua proses dan simpan, bertendang terbang sesama sendiri dalam dinding bulat beralaskan tengkorak dinamakan otak.

Arghhhhh....

Sumpah bangang. Gua malas la nak cerita lagi. Macam gampang saja bunyinya bercerita dengan emosi. Gua pun tak tau kenapa gua buat entri ni. Sumpah bangang.

Tapi serius, pada gua, sang gadis pencinta terbaik adalah sang gadis yang boleh menjadi sahabat sejati dan diari hidup kepada pasangannya.

Kalau ada di sisi gua sang gadis sebegini, gua senyum saja. Tengah tidur pun gua boleh senyum gua rasa.

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 60 KOMENTAR

Entri Piala Thomas : Mari Bermain Badminton

13 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung

Gua mimpi sebijik-bijik macam dalam gambar ni
semalam, cuma muka orang yang pakai baju kuning
 tu mirip muka gua sikit dalam mimpi tu. Lagi hensem.

Malam semalam gua tengok Piala Thomas Malaysia lawan Denmark. Gua tengok depan TV saja. Bukan gua tak patriotik tak mau pergi stadium, tapi poket gua tengah nipis. Dompet pula hanya berisikan kertas-kertas resit hasil keluar duit ATM yang lepas-lepas dan gambar makwe-makwe. Atas sebab itu saja dompet gua nampak tebal dan bergaya.

Gua betulkan sikit ayat tadi, gambar makwe, bukan gambar makwe-makwe. Gambar mak pun ada juga sebenarnya, mana boleh tak ada. Malas saja nak cerita. Serius tak tipu.

Gua bukan apa, tengah sep duit sikit untuk berfoya-foya minggu depan pergi pulau. Malu pula nanti kalau makwe berbikini tengok gua minum air mineral saja tepi pantai. Kurang-kurang gua kena minum air oren, lepas tu limau dia potong nipis cucuk tepi gelas. Kalau ada payung kecik tu lagi cantik. Barula ada style. Dari sini gua belajar peribahasa 'biar sengkek asal bergaya'.

Gua tak sabar nak pergi Perhentian ni sebenarnya. Otak gua dah tak boleh fokus. Gua rasa gua nak cerita pasal badminton tadi. Gua pun musykil juga macamana boleh cerita pasal Perhentian. Ok, gua fokus.

Gua cuba fokus. Gua cuba fokus. Gua cuba fokus.

Cerita pasal badminton. Cerita pasal badminton. Cerita pasal badminton.

Ok, gua mulakan semula. Gua syok tengok Hafiz Hashim main. Selambe kodok saja gua tengok muka dia masa main. Masa dapat mata muka tenang, hilang mata pun lagi tenang. Gua rasa muka mamak tebar roti canai dekat Kayu Nasi Kandar SS2 lagi excited dan berperasaan berbanding muka Hafiz Hashim malam semalam. Tenang dan selambe. Baru semalam juga gua betul-betul paham maksud peribahasa 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. Begitu rupanya.

Biasalah menang 3-2. Tak cukup Malaysiala kalau menang senang. Malaysia mesti menang cara susah, barulah adventure dan nampak macam hero. Barulah nanti boleh cerita letup-letup dalam surat khabar. Barulah nanti dapat gelaran Dato'. Barulah nanti dapat duit ribu-riban. Gua tak kesah pun. Janji diorang buat gua bangga jadi anak Malaysia. Kalau belah dada gua ni, ada bendera Malaysia bai. Punyalah tinggi semangat jati gua. Tak heranla beras 'Jati' sponsor Piala Thomas.


Gua nak tengok pula macamana gaya lawan China nanti. Gua rasa boleh menang, janji Chong Wei jangan kalah dulu. Kalau Chong Wei dah kalah, selamat jalan sajala. Tapi boleh menang punyala. Selambe kodok saja.

Lu rasa?

Nota kaki:
Gua rasa semangat nak main badminton, tapi raket pula tiada. Nak beli raket, mahal pula rasanya. Takpela, tengah nak sep duit lagi pun. nanti-nanti la gua beli.
Lagi 7 hari lagi gua nak pergi Perhentian. Gua tidur dah tak basah, mandi tak lena sekarang.
 
NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 25 KOMENTAR

Berbaringan Tenang Berlagukan Deru Ombak

12 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung


Ditepi pantai yang indah
Aku duduk seorang diri
Suasana...
Sepi...

Teringat dikau diwaktu malam
Wajahmu selalu ku terbayang
Kepadamu...
Duhai sayang...
Aku meratap merayu
Pada dewi puspita hatiku
Aku tidak lupa akan janjiku
Diwaktu pertemuan kita dahulu
Hidup bersama...
Disampingmu...

Tengah bulan nanti, gua nak nyanyi lagu ni kat Perhentian.
Baring atas pasir, nyanyi sambil pejam mata kat tepi pantai. Pehh, mantap!
Pakai spek itam, berseluarkan boardshort, berbajukan tanpa baju. Pehh mantap lagi!
Makwe-makwe berbikini lalu depan mata, boleh usha rilek, spek mata itam ada cover. Pehh mantap jugak!
Itu jam, angin sepoi-sepoi bahasa. Bunyi ombak sedap-sedap dengar. Pehh, memang mantap!
Itu jam juga, kalau Lisa Surihani lalu depan gua, gua buat-buat cool. Hidung berdarah pun, gua lap slow-slow pakai tangan.
Gua nak ajak Lisa makan choki sama-sama tepi pantai. Pehh!!

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 22 KOMENTAR

Puk*mak U La!

11 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung
Walaupun gua ni bukan mat bunga, gua rasa bernasib baik sebab gua tinggal di Jalan Seroja, nama bunga. Sedap nama tu. Penduduk di Jalan Seroja pun hidup aman damai dan bersatu padu. Tenang saja gua rasa.

Gua naik teksi pun, gua tak malu sangat bila drebar teksi tanya nak pergi mana. Gua jawab saja, "pergi Jalan Seroja, Kayu Ara".

Kalau la gua dok kat jalan ni..


Gua geleng kepala saja. Sumpah gua segan nak naik teksi kalau gua tinggal kat jalan ni.

Gua rasa la, pak-pak lebai yang dok kat jalan ni semua tak naik teksi. Mereka semua naik motor sendiri punya kalau nak ke mana-mana. Ini gua rasa saja.

Pelik pula nanti bila pak-pak lebai jawab " saya nak pegi Jalan Pukimak u la" kalau drebar teksi tanya nak pergi mana. Mau terbang kopiah pak lebai tu kena pelepoww dengan drebar teksi.

Agak kasar jawapan tu jika keluar dari mulut seorang lebai dan kaki masjid. Jarang-jarang pak lebai mencarut..

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 17 KOMENTAR

Selamat Hari Ibu: Entri Untuk Umi

10 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung

Dari sesuap bubur, dari sebotol susu, dari selibas rotan, dari pelempang cap tangan, aku membesar jadi manusia.

♥Terima kasih Umi kerana mengandungkan aku selama 9 bulan 9 hari.
♥Terima kasih Umi kerana memberikan aku makanan yang sedap-sedap waktu aku dalam perutmu dulu.
♥Terima kasih Umi kerana bersabung nyawa melahirkan aku ke dunia. Walaupun aku tak mampu berterima kasih ketika itu, anggaplah tangisanku itu adalah satu penghargaan untukmu.
♥Terima kasih Umi kerana melahirkanku sempurna fizikal dan metal.
♥Terima kasih Umi kerana airmata yang kau alirkan ketika ayah memangkuku sambil membisikkan azan dan iqamat di telingaku.
♥Terima kasih Umi kerana memberikan aku nama yang aku gunapakai dengan bangga setiap hari sehingga kini.
♥Terima kasih Umi kerana tak pernah membiarkan aku menangis sendirian di tengah malam gelap sewaktu bayi dulu.
♥Terima kasih Umi kerana selalu mengelap muntah dan jeluakku ketika bayi.
♥Terima kasih Umi kerana memberikan aku makan pakai yang sentiasa cukup.
♥Terima kasih Umi kerana sanggup berjalan kaki menyeberangi highway Kuantan-Segamat menghantar aku ke tadika.
♥Terima kasih Umi kerana setiap hari menyisir rambutku dan menyiapkan pakaianku untuk ke sekolah.
♥Terima kasih Umi kerana memberi didikan yang sangat berguna sepanjang masa.
♥Terima kasih Umi kerana membekalkan aku cinta dan sayang yang tak pernah putus.
♥Terima kasih Umi kerana tak pernah meninggalkan aku ketika aku dalam kesusahan.
♥Terima kasih Umi kerana tak kenal erti lelah mencari rezeki memberikan kehidupan sempurna untukku.
♥Terima kasih Umi kerana selalu menjadi tempat untuk aku mengadu dan berkongsi suka-duka.
♥Terima kasih Umi kerana selalu memaafkanku.
♥Terima kasih Umi kerana selalu melayan rajuk anakmu ini.
♥Terima kasih Umi kerana mengajar aku untuk sentiasa berbaik hati kepada orang lain.
♥Terima kasih Umi kerana mengajarku membaca Al-Quran sehingga khatam.
♥Terima kasih Umi kerana selalu menciumku.
♥Terima kasih Umi kerana selalu membuatku ceria.
♥Terima kasih Umi kerana hari-hari yang kujalani dengan penuh kasih dan cintamu, semuanya seakan terbang ringan ibarat kapas putih bersih diterbangkan angin.
♥Terima kasih Umi kerana selalu beli choki-choki kat aku masa kecik dulu. Sekarang dah besar, aku pandai beli sendiri.
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................
♥Terima kasih Umi kerana .....................................

Aku selalu rindu padamu, rindu cintamu, rindu pelukmu, rindu ciummu.
Aku rindu ingin bersahaja berbaringan di sebelahmu, bercerita tentang hari-hari lepas dan masa depan.

Yang harus Umi tahu, Umilah manusia paling rapat denganku bermula dari dalam perutmu sehingga sekarang. Aku ingin peluk dan cium Umi selalu.

Umi, kau adalah pahlawan hidupku selamanya. Dalam gembira mahupun duka, kamulah yang terbaik dalam hidupku.

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 10 KOMENTAR

Kokek Budak Sekolah

07 Mei 2010 Dikarutkan oleh Linglung
  Tiga ekor ni paham ke benda alah tu apa? Sumpah bangang!

Gua nak tanya, siapa yang pernah masuk blog ni, pernah kokek (kongkek) budak sekolah angkat tangan? Iye, gua ulang lagi sekali, kongkek budak sekolah. Ok, semua tak mengaku. Tak mengapa. Gua tak marah. Gua senyum saja.

Gua nak tanya lagi, siapa yang pernah masuk blog ni, pernah atau nak tengok orang kokek (kongkek) budak sekolah angkat tangan? Ok, tak mengaku juga. Tak mengapa. Gua tak marah. Gua senyum saja.

Gua bukan apa, gua sendiri tak pernah kongkek budak sekolah, apa sial cari 'kokek budak sekolah' sampai sesat masuk blog gua? Gila sangap.

Gua tahu, setiap orang ada fantasi, setiap orang ada angan-angan. Tapi kalau fantasi tu nak 'kokek budak sekolah', sori la derr, bukan kat sini. Tapi 'kokek budak tak sekolah' pun bukan kat sini juga. Jangan nak main gila. Gua takut kena hukum sebat derr. 

Gua geleng kepala. Gua geleng kepala. Gua geleng kepala.

Korang pun nak geleng kepala sama? Silakan. Gua tak marah. Gua senyum saja...


Keh keh keh...Sudah-sudah la tu geleng kepala.

Yang sorang ni pula, sesat cari 'denda roadtax mati', masuk blog gua juga. Tapi gua ada la bagi sikit info berguna kepada beliau kat sini. So, gua tak pelik dan tak rasa bersalah sangat. Tapi beliau tak ucap terima kasih pun. Takpe, gua tak kisah. Gua ikhlas. Dulu gua pun pernah kena denda roadtax kete mati apa? 

 
Kenapa enjin kereta berderum walaupun tak tekan pedal minyak?
Sumpah gua tak tau. Kalau nak tau, gua mintak maaf banyak-banyak, sini bukan bengkel kereta derr. Sini blog pasal kayu dan cinta. Wood is Kayu Love is Cinta = Cinta is Kayu.

"Ahhhh...ahhh..ahhhh...masuk dalam lagi bang! Dalam lagi! Sedap bang sedaaapp!", korang pernah dengar makwe cakap macam ni? Tak pernah? Sia-sia hidup.

Gua rasa la, makwe cakap macam ni bila berlaku satu aktiviti persetubuhan. Gua rasa saja. Jangan pandang paiseh dekat gua.

Tapi bila berlaku perkara sebegitu, sumpah sedap, gua tak tipu. Ok ok, gua tipu saja. Tak sedap pun. Jangan senyum, gua cerita serius ni.

Tapi ada satu mala'un masuk blog gua cari benda alah tu...keh keh keh..gua geleng kepala saja.


Siapa kat sini tak suka polis? Siapa kat sini menyampah dengan polis? Siapa kat sini pernah kena maki dengan polis? Siapa kat sini marah dengan polis pasal kejadian tembak mati adik Aminulrasyid Amzah? Siiiiiiiiila angkat tangan sekaraaaanggg!

Gua tak pelik. Sebab gua faham. Senang saja nak bunuh orang. Paamm sekali, setel.

Gua geleng kepala. Gua geleng kepala. Gua geleng kepala.

Oh lupa, sudah-sudah la angkat tangan, turun la tangan tu. Marah betul dengan polis ye.


Itu la ceritanya. Tapi gua tak marah. Gua senyum saja :)

NAK CARI BAJU, SET KOSMETIK, HADIAH PELIK-PELIK, BESDAY, KAWEN, ANNIVERSARY, PERAYAAN, KONVO DAN MACAM-MACAM LAGI?KLIK KAT SINI YE Share
CAKAP-CAKAP: 26 KOMENTAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.