Ada Orang Kata Cinta Itu Kadang-Kadang Ibarat...

10 Mei 2011 Dikarutkan oleh Linglung
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat taik kucing, busuk menyengat tapi bila ditimbus elok hilanglah busuknya.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat pakai spenda kain satin, glamer dan seksi.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sampah di dalam tong jadi buangan, bila tiba masanya tetap dikutip oleh lori sampah lalu dibuang lagi. Dibuang, dibuang dan terus dibuang.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat makan megi di asrama, sangat sedap di kala susah.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik motor tak pakai baju, kalau kau jatuh habis bercalar-balar.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat minum kopi kaw di atas bukit sambil hisap rokok, sungguh asyik.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat iPad nak iPhone pula, tamak dan tak pernah cukup.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tayar kereta, bila dah tak ada bunga tukar baru.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sumpah laknat orang politik, semua pembohong.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Pak Lah, entah apa dia buat sekarang ni.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat 1Malaysia, tak kira bangsa.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat henset cabuk yang ada torch light, fangsyen tak seberapa tapi berguna di kala gelap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang pekak kena kentut, tak ada bunyi tak ada apa, tiba-tiba busuk.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang tak ada bakat melukis yang melukis gambar katak, sudahlah katak itu hodoh bila dilukis lagi menjadi-jadi hodohnya.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat air tangan emak, buat air kosong pun rasa sedap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Buletin Utama dan Utusan Malaysia, membelit mangsa macam ular sawa lapar.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat memetik buah durian, tak ada kerja dan cari masalah. Pokok durian tinggi dia bukan macam pokok rambutan nak main panjat-panjat.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tengok bola di stadium Malaysia, sepi tapi kalau dah semangat tu tetap semangat.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makan sambal belacan, pedas tapi sedap.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik komuter, naik sekali taubat tak nak naik dah.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makwe solid melawan cakap emak, indah di mata tapi bahaya dibuat bini.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat batu-batuan di bawah air terjun, tetap setia walau terus-terusan dihempas dan dibalun.

Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Justin Bieber nak kahwin dengan engkau, mustahil.

Itu orang kata. Aku kata, "Cinta sejati ibarat berak cirit memulas. Memang sakit di awalnya, tapi percikannya memberikan kepuasan tak terkata."

Jadi, cinta engkau yang mana satu?

Ini barisan pemain paling gempak yang Shahpekan pernah ada dalam lipatan sejarah. Dalam ramai-ramai hanya 4 orang lagi yang belum berbini. Mungkin definisi cinta mereka lain macam sikit. 

Share
CAKAP-CAKAP: 26 KOMENTAR

26 Response to "Ada Orang Kata Cinta Itu Kadang-Kadang Ibarat..."

  1. zonaku Says:

    mula2 semua ok... apa kait mait ngan gambar tu?

  2. shahirahkhairudin Says:

    kadang-kadang cinta macam kentut. ditahan-tahan memulas dalam perut. dilepaskan malu pulak rasa, tapi lega..

  3. buDAK keCIK Says:

    cinta dri sudut definisi ak ialah cinta tu sgt buta. org yg brcinta tu pn bley jd buta tahu

    org kata perangai pkwe/mkwe dia mcm lahanat. tp dia buta. bg dia sang arjuna dia la plg baik di dunia. pijak semut pn x mati. taik mung!

    oh, cinta jgn butakan mata ak. sbg bakal saintis, mata adalah pnting utk ak menilai bhn eksperimen ak. heh

  4. Cikgu vee Says:

    cinta tue best ke tak best?

  5. Cikgu vee Says:

    Cikgu suka ayat ini "Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat minum kopi kaw di atas bukit sambil hisap rokok, sungguh asyik." dari abang ling. lagi best kalau dapat minum starbucks dekat atas bukit genting tue masa tgh sejuk2 dan nyaman..... eemmmm emmmmmm ... :D

  6. aleen aiden Says:

    1 yg wa nak tanye.pakai spender kain satin glemer ke?kah3

  7. Piah Becok Says:

    aaaaa... penin tak tau nak pilih mana satu. cinta sambal belacan kut... awww, lapa la pulak.

    terbaru:
    1. JANGAN KACAU LAH!!!! ngantok nih
    2. day one : 10 things about you
    3. MAK, KENAPA ORANG BANYAK BULU????
    4. KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN

  8. мʋтɛ ƨтσяʏтɛℓℓɛя ♥ Says:

    cinta tu ibarat makan nasi. sedap tapi lama-lama gemuk baru sibuk nak diet balik. sekian :)

  9. DuniakuAbstrak Says:

    definisi cinta setiap insan berbeda

  10. Alexandriana Alia Says:

    cinta itu biar beribu patah ibarat kau susun. itulah cinta, seribu satu rasa.

  11. FarhanaDr Says:

    Cinta tu macam Bang Aisa dan Kak Vee.. Ekeke.. ;)

  12. Linglung Says:

    haaaa...macam dr farhana kabor tu sangat tepat...mcm tu lah kiranya..

  13. Ariffin Janal Says:

    byk betul ibarat

  14. AiDa AzRyN Says:

    bab2 cinta plak dah.. ;p

  15. rafiq Says:

    yang best cinta ibarat kurap. makin digaru makin sedap!

  16. .sweet-ants. Says:

    dlm gmbr tu ada calon cinta.

  17. Berd Says:

    Semua salah.

    Sebenarnya cinta itu ibarat klik nuff klik me back. Mencintai dan dicintai baru dipanggil cinta.

  18. - GC - Says:

    lawa kasut tu bang. boleh pinjam??

  19. catherine- Says:

    tiba2 biru :)

  20. Linglung Says:

    aku tanya korang cinta yg mana satu semua malu nak jawab..pesen pemalu rupanya

  21. Pyka Rahmat Says:

    cinta ibarat kopek bawang, pedih je menangis.

  22. Firdaus Alim Says:

    Shah Pekan? Is It?

  23. Linglung Says:

    ya Shah Pekan di bandor Najib 1Malaysia

  24. Linglung Says:

    pyka - lelaki kental tak menangis bila kopek bawang..macam aku...

  25. -MsGoodNite- Says:

    Gua pilih yg lu kata, Lung... yg akhiran tu best.

    *Gambar -
    Apesal org lain pakai merah, lu pakai biru nih? Lu saja nk menonjolkan diri ke?

  26. Tanpa Nama Says:

    Saya paling suka kata-kata"cinta itu kadang-kadang ibarat sumpah laknat orang politik, semua pembohong."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.