Drama Klasik - Pendekar Kundur

06 Mei 2011 Dikarutkan oleh Linglung


Kecil-kecil dulu ada juga gua berangan nak jadi pelakon drama. Masa tu gua admire betul dengan Eman Manan dalam Pendekar Kundur. Masa tu makwe yang dalam Pendekar Kundur yang nama dia Tiara Jacquelina tu mana kahwin lagi. Masa tu gua pun bujang lagi. Semangat nak jadi pendekar memang kuat. Darah kanak-kanak muda memang tak tentu hala semangat dia. Amboi, kanak-kanak muda tu, bukan main hebat bunyi dia. Jadi bila gua tengok Ishak yang abam Eman berlakon tu gua jadi semangat nak bela burung tekukur sambil bawa ke hulu ke hilir dengan penuh rasa takbur pandang ke makwe. Bila Ishak yang tak pandai bersilat itu pergi belajar silat senyap-senyap sampai jadi handal, gua jadi lagi semangat. Bila Ishak pakai baju hitam tutup muka tibai perompak yang tak reti-reti bahasa tak ada kerja lain merompak saja kerjanya, gua pun mula naik sheikh. Perompak tu pun tolol juga, dah tahu tiap-tiap episod tak boleh nak lawan Ishak, pergilah rompak kampung lain yang tak ada Ishak. Tolol tak sudah. Satu lagi gua kagum tengok Ishak, terer betul dia buat perahu. Orang sekolah tinggi pun belum tentu mahir buat perahu. Terer betul Ishak ni gua fikir.

Jadi tiap-tiap kali lepas habis tengok episod Pendekar Kundur, sebelum tidur malam gua bersilat tumbuk bantak peluk. Sedap tak ingat menibai benda yang tak melawan. Bila gua rasa gua dah menang, gua pejam mata layan tidur. Esok nak sekolah.

"Kau jangan nak angkuh sangat Sulung!"

Ayat Ishak ini gua selalu guna nak sound pengawas bila berani sangat nak ambil nama gua lambat pergi sekolah.

Sudahlah. Gua cerita banyak-banyak bukan lu orang sempat tengok pun cerita ni dulu.
Share
CAKAP-CAKAP: 14 KOMENTAR

14 Response to "Drama Klasik - Pendekar Kundur"

  1. Ed Says:

    Sy sempat tgk cite ni la.. Pendekar Kundur. Lagi Keris Hitam Bersepuh Emas. Hati Waja.. Semua silat2 punya drama.. Cuma tak ingat dia pny nama.. Tp, kalau Eman Manan yang jadi hero, mmg terbaaik.. Dia bersilat nampak macho dan karisma giler! Dia je yang dalam malaysia bole buat gitu.. Huhuhu. Sy suka sgt Eman Manan dulu, smp nak kawin dengan dia... (~_~)

  2. Linglung Says:

    bagus..bagus..budak-budak yang membesor dengan eman manan semua berasa diri kuat masa kecik..haha

  3. Otakku Otaku Says:

    local production patut idupkan balek cita2 mcm ni. ni xsudah2 cita bunga2. aku smpat gak zaman ni, tp time cite ni kuar aku sekolah rendah lagi. tak lupa jugak cerita semutar itam latip borgiba. huhu

  4. Amira Amair The Poyos Says:

    Wehh..aku minat tengok crita macam ni dulu..
    ada satu watak tu..musang si guntang kot nama dia..watak jahat..I like..!! hahhaa..ada cerita semutar hitam..aku layan gak..hihihi..

    Awat depa tak tayang balik noh cerita pendekar-pendekar ni noh..

  5. Linglung Says:

    Otakku Otaku - masa tu setiap saat menonton drama melayu penuh makna..tak heranlah sampai sekarang lekat kat otak..ye dak?

    Amira Amair The Poyos - lu pun sempat? lepas tu ada cerita pendekar apa nama entah..berlakon kat rumah malaysia kat melaka tu..itu pun gua layan sekali..

  6. .sweet-ants. Says:

    tak penah tgk tp aku tau kehebatan lakonan eman manan. dia sama level hebatnya dengan dato rahim razali

  7. LadyRye Says:

    aku ingat satu ja drama pendekar hapa tah! tu pun ingat-ingat lupa..

    sebab bila merdeka, adik aku orang sebut merdeka! dia sebut pendekar!

    :S

  8. -MsGoodNite- Says:

    Gua pun masa tu rasa nak cepat besor.. nak ngorat eman manan.

  9. Fiq Vertigo Says:

    tang last tu memang aku terasa.


    cerita je lah lung ui..

  10. rafiq Says:

    besok cite dekat cikgu2 cite ni ek.

  11. ~* chirpy_chummy *~ Says:

    cter pendekar now ni da x brp layan.. pesal agak2 ek?

    dulu sbb kagum gler kot, bley terbang2 dlm hutan bagai..ekeke

  12. HEROICzero Says:

    weh, post atas ni, itu lah iklan blog yg kau kata dulu tu?

  13. Cikgu vee Says:

    tak payah la jadi pelakon drama.. awak tu pun dah macam Remy Ishak dah Abang ling....

  14. SuXeRs Productions Says:

    ya aku pn smpat tgk filem pendekar kundur ni. actually,kundur tu adalah nama kampung isyak. drama pndekar kundur yg menghimpunkan pelakon2 dari kalangan pesilat-pesilat d malaysia ni sagt2 menarik. masing² dpt mghidupkn watak dalam drama tu. especially my idol.. eman manan. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.