SPERMA CINTA KINI DI PASARAN

16 Mei 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Ramai yang bertanya bila buku blog ini nak dipasarkan. Ada yang tanya bila nak pos. Ada yang tanya buku hitam ni novel ke apa. Keliru betul masing-masing. Jadi sekarang dengan rasminya buku ini sudah dipasarkan. Kepada semua yang dah membuat tempahan awal sebelum ini sila duduk tercongok di depan pintu rumah dalam beberapa hari lagi kerana posmen akan singgah bawa senaskhah 'Sperma Cinta' ke rumah anda.

Berkenaan konsep buku ini, gua nak kabor jelas-jelas yang ini bukanlah novel ataupun buku cerita porno. Ini adalah satu koleksi intelektual penulisan persendirian yang gua bukukan dengan stail sendiri. Ini adalah buku blog, bukan novel.

Buku ini dicetak dengan sangat solid oleh Dubook Press. Rekabentuk kulit buku ini pula diberikan sentuhan mantap oleh Eddzuanshah Bajau.

Buku ini boleh didapati melalui:

1. Tempahan online 
2. Uya Distro di SS15, Subang Jaya. (Berdepan dengan PopMyBerry, atas Station 1 Cafe)

3. Papahotdog Rasta TTDI. Kalau beli Sperma Cinta di sini, awak seme akan dapat makan hotdog dengan harga cuma RM1.70 (harga asal RM5.70) dengan setiap belian buku Sperma Cinta.

Harga runcit buku ini adalah RM18. Pelik daripada orang, buku ini akan dilancarkan sebulan setengah kemudiannya di KL Alternative Bookfest (KLAB) bertempat di The Annexe Gallery, Pasar Seni pada Sabtu 18 Jun 2011. Masa tu ada sedikit pertunjukan bunga api akan gua buat, persembahan lawan pedang sambil baca buku dan bunyi gesekan violin berserta bacaan sajak dan puisi daripada beberapa blogger undangan.

Terima kasih buat abam Wan (Beautifulnara) dan Engku Azmin (Penerbit HipTV) kerana sudi mencemar duli membaca dan memberikan ulasan pendek berkenaan buku ini.


Congok apa lagi? Sambarlah senaskhah.

Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.