Osman Sani Lebih Kacak Daripada Aaron Aziz

28 Jun 2011 Dikarutkan oleh Linglung


Semalam Osman Sani pergi ke sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya. Osman Sani ke sana bersama tunangnya untuk mencari hadiah hantaran kahwin di samping merehatkan kepala otak yang penat gila selepas seharian di pejabat. Mereka berdua melilau-lilau ke sana ke mari mencari minyak wangi yang branded sikit. Osman Sani bukannya orang-orang korporat besar atau menteri hisap darah yang mampu beli minyak wangi yang branded banyak.

Di kedai minyak wangi branded sikit.

"Saya nak cari minyak wangi untuk buat hadiah hantaran kahwin," ujar Osman Sani kepada jurujual separa lelaki separa perempuan.

"Eh...eh..muka abang ni macam Aaron Aziz la!" jerit jurujual separa lelaki separa wanita tersebut, teruja tak tentu hala.

Osman Sani terkejut dan rasa terhina. Sebelum ini tunang Osman Sani selalu kabor ke Osman Sani yang dia lebih kacak daripada Aaron Aziz. Tapi jurujual separa lelaki separa perempuan itu telah menjatuhkan tahap kekacakan Osman Sani kepada tahap yang sekadar level-level dengan Aaron Aziz.

"Awak cakap apa tadi?" tanya Osman Sani sekali lagi kepada jurujual separa lelaki separa perempuan.

"Abang ni hensem macam Aaron Aziz!"

Osman Sani karate meja kaca tempat letak minyak-minyak wangi yang branded sikit itu. Kaca berderai-derai pecah. Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri. Pak gad menyorok di bawah meja.

"Jom sayang, kita balik!" Osman Sani mengajak tunangnya pulang dengan perasaaan marah.

Osman Sani (baca; gua)

Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.