TARIKH: 1 OKTOBER 2011
TEMPAT: UYA DISTRO, SS15 SUBANG JAYA, SELANGOR
MASA: 4.30 - 6.30 PETANG
4.00 Petang: Ketibaan para tetamu yang tidak diundang. (Suka diingatkan di sini bahawa masuk ke Majlis Pelancaran ini adalah percuma. Sesiapa yang menjual tiket untuk medapat keuntungan tepi daripada penganjuran majlis ini akan didakwa mengikut suka pihak penganjur dan penerbit buku yang garang)
4.10 Petang: Ketibaan para tetamu yang diundang.
4.15 Petang: Pendaftaran tetamu untuk cabutan bertuah. Semua tetamu hendaklah mendaftarkan nama masing-masing di kaunter pendaftaran untuk melayakkan diri memenangi cabutan bertuah A. Untuk cabutan bertuah B, hanya mereka yang membuat pembelian di Uya Distro melebihi RM15 pada hari pelancaran tersebut (1 Oktober 2011 - antara jam 12 tengahari hingga 6 petang) layak untuk memenangi hadiah yang berupa voucher Uya Distro bernilai RM100.
4.20 Petang: Persembahan Gamelan oleh Shafirul Azmi diiringi penari kebudayaan daripada Ultras Subang Jaya.
4.30 Petang: Pihak penerbit (baca: Lejen Press) tersengih-sengih masuk ke tempat pelancaran dengan diiringi percikan bunga api dan tepung tawar.
4.40 Petang: Persembahan pembukaan oleh artis jemputan Cikgu Vee. Dia ni tunang orang, jangan kacau. Pernah sebelum ni orang yang mengacau, mulut dia senget 3 malam. Jaga baik.
4.50 Petang: Persembahan daripada 2 belia benci dadah; Afiqsiddhartha dan Ashraf Shahdan.
4.50 Petang: Persembahan daripada 2 belia benci dadah; Afiqsiddhartha dan Ashraf Shahdan.
4.50 Petang: Sessi memperkenalkan barisan penulis buku. Ucapan ringkas dan persembahan bebas daripada para penulis. Ketika ini perangai terpekik-pekik dan terjerit-jerit ketika melihat penulis kegemaran anda naik ke pentas adalah diizinkan tetapi haruslah dilakukan secara beragak-agak.
5.50 Petang: Persembahan daripada Shafiq Helmi.
6.00 Petang: Persembahan penutup oleh artis jemputan Nik Jidan.
6.10 Petang: Pelancaran buku yang akan dilakukan oleh Fadzil Zahari.
6.20 Petang: Penyampaian saguhati kepada tetamu pelancar majlis sambil pihak penerbit dan penganjur berasa lega kerana majlis telah berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.
6.30 Petang: Sessi autograf dan bergambar bersama para penulis yang kebanyakannya adalah orang-orang yang fotogenik. Suka diingatkan di sini, bergambar dengan posing muncung itik di Uya Distro adalah ditegah sama sekali. Kami belia-belia yang sangat benci dengan gaya posing sebegitu. Pihak penganjur tidak akan tergagak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pesalah.
Pada sebelah malam, Uya Distro akan menganjurkan futsal muhibbah di The Challenger, SS14 Petaling Jaya. Semua dijemput sama-sama turun beraksi secara suka-suka selama 2 jam dari pukul 9 hingga 11 malam. 1 court untuk lelaki dan 1 court untuk wanita.
Sebarang pertanyaan dan kekhuatiran boleh diajukan ke emel lejenpress@gmail.com atau uyadistro@gmail.com



