Gua Berkhatan Bersama 2 Misi

08 September 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Pagi itu gua mandi cangkung bukan main-main lama dia. Sambil pegang getah paip sambil itu gua siram kepala, mandi dengan khusyuk. Rukun-rukun mandi gua penuhi step by step. Sabun tengkuk, gonyoh ketiak, gosok badan sampai ke tapak kaki. Syampu kepala di atas tetapi tidak di kepala bawah kerana itu jam di bawah itu masih tidak berkepala. Air yang keluar dari getah paip itu sudah cukup sejuk untuk membuatkan segala jenis anggota badan gua gigil. Mana-mana bahagian anggota badan yang sensitif akan bertukar menjadi kecut. Bila sudah jadi kecut, sekali tengok memang ada rupa macam hamster jenis roborovski. Comel juga.

Gua mandi agak lama pagi itu sebab bapa gua dah rancang untuk membawa gua pergi ke klinik swasta untuk menukarkan gua menjadi lelaki dewasa. Macam-macam perasaan menerjah lubuk hati gua. Gembira ada, berdebar ada, malah sedih pun ada. Gembira sebab boleh jadi orang dewasa dan mengorat makwe dengan lebih steady. Berdebar kerana cuak juga bila nak kena potong. Sedih pula sebab nenek gua kabor lepas dah potong nanti, gua dah tak boleh main pondok-pondok dengan budak-budak perempuan. Gua rasa belum bersedia lagi itu jam nak berpisah dengan kerjaya gua sebagai doktor dalam permainan pondok-pondok ketika itu.

Beberapa surah muqaddam gua baca terkumat-kamit ketika berbaring atas katil klinik. Doktor lelaki tersengih-sengih pandang gua. 2 orang misi (baca; nurse) masuk ke bilik tempat gua bakal dikhatankan itu. Berdebar gua dah mula masuk gear lima bila doktor mula selak kain pelikat gua. Selepas selak, doktor itu beredar entah ke mana. Mungkin nak pergi ambil sesuatu. Misi 2 orang itu jenguk bawah paras pinggang gua yang terdedah.

"Besar-besar budak-budak sekarang punya ya?" ujar misi pertama.

Misi kedua terangguk-angguk tanda setuju.


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.