Nurul Asyikin - Sebuah Novel Aloy Paradoks

12 September 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Gua dah selamat hadam novel ni sampai ke penamat cerita. Macam saudara dan saudari yang sedang membaca sekarang ini, persepsi pertama gua bila baca tajuk novel ini adalah 'gadis'. Daripada 'gadis' itu akan berkembang kepada kelembutan, cinta 2 atau mungkin 3 dan 4 segi, pergi spa, shopping secara lama gila, pergi pasar pakai baju tidur, bersolek selama 30 minit, menjaga diet tanpa memakan nasi selama berhari-hari, krisis umur pertengahan dalam mencari jodoh, juga bagaimana sakitnya menghadapi senggugut.

Selepas habis bab pertama, tekaan gua nyata meleset. Sama sekali meleset!

"Saat begini, di desa yang terpencil, yang ada hanya sunyi. Sunyi yang membasuh hanyirnya rindu, membasuh letih para penghuninya." - Bab 2 Nafisa 2002.

"Tak salah kalau anak lelaki menangis. Perlu menangis dulu untuk jadi lelaki yang sempurna. Kalau dah biasa menangis, nanti tak akan menangis pada benda yang bukan-bukan." - Bab 6 Sekeping Kertas Bermaruah 1990.

Masuk part ayat ni gua dah mula menyanyi lagu budak indon; Aku bukanlah superman aku juga bisa nangis bila kekasih hatiku pergi meninggalkan aku. Nampak sangat Aloy ni pesen pemuda kena sampuk dengan lagu Indonesia juga. Gua ingat dia ni mat rock yang jenis silap sikit kena terajang. Sekali lagi jangkaan gua meleset sama sekali.

"Lukisan itu tak cantik, tapi semua orang akan tertarik padanya. Sebab itu abah kata lagi sekali dekat aku, jangan nilai cantik. Kertas lukisan itu asalnya hanya sehelai kertas kalendar lama yang buruk, tapi ia sekarang sekeping kertas bermaruah."

Nurul Asyikin - seorang anak muda yang juga tak lari dan tak endah untuk lari dari senget-benget dan gagahnya dunia anak muda. Tapi kalau diberi pilihan, gua tak hendak nak mempermakwekan budak Nurul Asyikin ni. Kenapa? Lu orang cari sendiri kenapa dengan menyambar senaskhah novel ini yang boleh mula dibeli di Uya! Distro SS15 Subang Jaya pada 16 September 2011. Ianya juga akan dijual di gerai buku Uya! Distro di Konsert Suara Kami bersama buku-buku lain terbitan syarikat penerbitan buku indie dan mainstream tanah air yang power-power. 

Kalau nak jumpa Aloy Paradoks yang tiada hensem dari segi rupa paras tapi tinggi budi pekertinya ini, kalian boleh berebut-rebut pergi ke Majlis Pelancaran Novel Nurul Asyikin ni di The Annexe, Pasar Seni.


Buat pre-order di sini.


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.