Pandai Jaga Rumah Tangga

13 September 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Pada suatu pagi sabtu di sebuah sekolah yang semua bangunannya berbumbung hijau, suatu pagi di awal tahun 1997, di mana gua dah mula masuk tingkatan 2 dan makin power membasuh baju sendiri dan jemur spenda di ampaian asrama. Ketika itu juga, gua dah mula declare diri gua sebagai seorang anak muda yang ganas dan suka memberontak. Namun begitu, keganasan yang mula membibit dalam diri gua ketika itu tidak sama sekali menghalang gua mengumpul semua kaset kumpulan Ukays yang hampir setiap hari gua main guna walkman cap Sanyo yang sungguh branded. 

Pagi itu, keganasan gua bagai disiat-siat. Sifat jantan gua bagai direntap-rentap. Ego gua bagai disanggah-sanggah.

"Muka saya ganas cikgu. Perangai saya ni orang kata pijak gajah mati apatah lagi kalau pijak semut!"

Cikgu Suriha sengih nampak gusi. Mak gua dan bapak gua duduk bertentangan dengan cikgu Suriha, dipisahkan oleh sebuah meja petak berwarna koko. Gua ketika itu suam-suam dalam hati. Tercabar. Terguris. Tersinggung.

"Awak boleh..awal-awal memang tak minat.." ujar cikgu Suriha dengan nada memujuk.

"Tak boleh..tak boleh.." jawab gua melawan secara lembut.

"Tak boleh tukar ke cikgu?" mak gua cuba cucuk angin.

"Kita cuba tengok dulu macamana....insyaAllah boleh punya.." cikgu Suriha senyum.

Habis perjumpaan itu, gua terus masuk dalam jamban sekolah dan mengkarate cemin muka dalam jamban itu sehingga retak-retak. Serpihan kecil kaca pecah jatuh ke dalam sinki.

****

Pada suatu pagi sabtu di sekolah yang sama, dengan kaler bumbung yang sama, gua berpakaian sekolah dengan sungguh smart di dewan sekolah. Suatu pagi yang dah nak hujung-hujung 1998, di mana gua dah khatam sukatan pelajaran tingkatan 3. Skil membasuh baju guna sabun mandi, memotong barisan di dewan makan, menambahkan power bateri walkman dengan teknik jemur di tengahari panas, dan macam-macam kemahiran asrama yang lain gua dah semakin power. Dalam dewan sekolah ketika itu bersama-sama dengan gua, ada mak bapak gua yang duduk di sebelah tempat duduk ibu-bapa.

Selepas setengah jam majlis berlangsung.

"Anugerah pelajar cemerlang...pelajar terbaik matapelajaran Kemahiran Hidup...Ekonomi Rumah Tangga jatuh kepada...." pengacara majlis membuat pengumuman.

Gua bangun sambil tersengih-sengih. Mak bapak gua tersengih-sengih. Cikgu Suriha juga tersengih-sengih.


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.