Suka Buku? Kami Ada Uya Bookstock 2

20 September 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Uya! Distro dengan kerjasama daripada Lejen Press & Dubook Press membawakan kepada engko orang semua sebuah pesta buku yang memasarkan pelbagai jenis buku indie dan mainstream daripada segala jenis syarikat penerbitan, termasuklah DBP yang disayangi sekalian ummat manusia di Malaysia.

Apa itu Uya Bookstock 2? Sebuah pesta buku mini bertempat di Uya! Distro, SS15, Subang Jaya.

Kenapa 2? Sebab ini Uya Bookstock kali kedua. Kali kesatu adalah pada bulan disember tahun lepas.

Apa yang best? Engko orang boleh membeli buku dengan harga diskaun.

Apa lagi ada? Boleh jumpa barisan penulis blog Terfaktab. Boleh jumpa penulis skrip filem, Fadzil Zahari. Ada persembahan daripada belia-belia Selangor. Ada persembahan daripada Nik Jidan, Cikgu Vee, Shafiq Helmi, Aifaa Rizwan dan lain-lain. Apa? Engko nak gua panggil Liyana Fizi perform? Ok ok, gua cuba...gua cuba. Apa? Engko nak Yana Samsudin? Ok ok, gua cuba...gua cuba. Apa? Engko nak Kamarudin Tarmizi...kahkahkah! Mana gua kenal itu siapa. Engko ajak la sendiri dia suruh datang.

Bila? Daripada Jumaat 23/9 sehingga Ahad 2/10. Setiap hari daripada 12 tengahari sampai ke 1 pagi. Amboi...lama gila tu pesta buku ni. 

Apa? Engko kata event ini menarik? Sabar..sabar...ini baru gua umumkan sedikit saja. Nanti gua beritahu lagi apa yang menarik. Ini hanyalah 10% daripada 100% benda yang menarik yang ada di Uya! Bookstock 2 ini. Jadi engko tak payah duduk tercangak lagi di situ di depan skrin komputer engko itu. Engko pergi buka kalendar di telepon genggam engko dan set tarikh untuk engko singgah ke Uya! Distro membukukan diri engko itu. 1 Oktober tu engko jangan lupa pula. Kalau engko lupa, dah elok la engko pergi makan kismis 2 kampit, supaya segar daya ingatan engko itu

Jumpa engko di Uya nanti. 


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.