Cara Menjaga Komputer Agar Tahan Lama

30 November 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Pagi itu Hafez macam biasa bangun pagi gonyoh mata dua tiga kali lalu teguk air coke 1 tin. Selesai dia meneguk air manis itu dia lekas-lekas mengangkat bontotnya daripada birai katil lalu berjalan lemah keluar dari bilik tidur. Di depan pintu bilik dia berhenti seketika sambil memasang telinga kalau-kalau ada bunyi suara rakan serumahnya, Rizal.

Ya, ada. Rizal sedang ralit menonton televisyen di tingkat bawah. Hafez menuruni satu persatu anak tangga sampai ke bawah. Salah satu anak tangga itu pernah dia sadung sampai berdarah ibu jari kaki. Kaki Hafes tersadung tangga lalu dia terjatuh dan kepalanya juga terhentak di bucu tangga. Parut jantan di keningnya jelas kelihatan susulan daripada peristiwa itu. Malang.

"Zal, engko tak pergi kelas ke ini hari?" soal Hafez sambil light sebatang rokok Pall Mall biru.

"Dah pergi dan dah balik dah pun. Aku setakat hari ni tak pernah lagi miss kelas semester ni.." Rizal jeling Hafez. Seketika kemudian Rizal sambar rokok di bibir Hafez lalu disedutnya dua tiga pam.

"Sudahla kodok...engko sembang nak kemas je sokmo. Semester ni pun baru 3 hari, tapi engko punya cerita tu pehh sedap betul telinga mak bapak dengar. Engko tunggu nanti tengok dah masuk sebulan berapa banyak kelas engko skip..haaa..." Hafez bersyarah. Kain tualanya yang longgar dikilas semula ketat-ketat di pinggang.

Rizal diam malas melayan. Sikap pesimis Hafez dia dah masak benar. Acapkali semangat dia yang berkobar-kobar untuk berbuat sesuatu jadi suam-suam kuku bila bercerita dengan Hafez. Sudahnya, tak ada hasil. Dua-dua pun tak maju.

Hafez bangkit daripada persilaannya di atas lantai.

"Haihh..borak sekejap dah nak cabut?" Rizal menoleh.

"Aku nak naik atas. Masuk ini hari dah 3 hari aku tak on PC.." balas Hafez.

"Habistu apa masalahnya?" Rizal bersoal-balas.

"Aku nak pergi panaskan PC la sekejap..macam kereta kalau tak start 2-3 hari nanti enjin cepat rosak..." Hafez berlalu naik ke atas.

"Amboi....aku yang bengap ke dia yang bangang ni? Ada pulak PC nak kena panas-panaskan macam kereta?" Rizal tertanya-tanya sambil garu bontot dalam kebingungan.


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.