Syaitan Perlu Juga Dicontohi

28 November 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Kita acapkali dibubuh cukup-cukup dalam kepala yang bahawasanya syaitan itu adalah makhluk keparat. Punyalah keparat syaitan itu sampaikan manusia berbuat jahat sedikit dipanggil syaitan apatah lagi jika manusia itu berbuat jahat secara banyak. Malah bila disebut 'perangai macam setan' kita akan secara pap pap pap akan terlintas di otak yang bahawasanya orang itu adalah orang yang tidak menjadi.

Namun sebenarnya, sifat-sifat syaitan juga perlu kita tiru kerana dalam beberapa faktor, syaitan itu adalah kurang bangang daripada manusia yang terlebih bangang. Contohnya, manusia yang lemah akan cepat berputus asa. Ini tidak berlaku kepada syaitan. Syaitan tidak pernah berputus asa kerana itulah janjinya yang akan terus-terusan menyesatkan manusia sampai ke hari kiamat. Syaitan juga punya muafakat yang lebih berbanding manusia lemah yang suka berpecah-belah. Syaitan punya sepakat, hancur binasa kebanyakan anak Adam. Mereka akan bergotong-royong, bantu-membantu, semangat-menyemangat, gerak-menggerakkan dan menggembelang tenaga antara satu sama lain sampai misi sekalian syaitan berjaya: menghantar manusia ke longkang kotor penuh air char yang baunya serupa palat.

Jadinya, kita memang lemah kerana cepat putus asa dan tidak muafakat untuk berjaya.

Mengakulah, fikirkanlah dan bertindaklah.

Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.