Abu Samah Lelaki Yang Tak K-Pop

01 Disember 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Abu Samah adalah seorang jejaka kelahiran kampung yang sangat peramah tapi pemarah. Peramah Abu Samah ni sampaikan setiap seorang posmen Pos Laju yang masuk menghantar surat dan bungkusan ke kampungya pasti dia kenal, tak kira posmen tu posmen lelaki mahupun posmen wanita.

"Assalamualaikum Zamani, banyok ke surat nak hantor ini hari?" soal Abu Samah dari atas kerusi papan yang dibuat khusus untuk pemain-pemain dam aji di warong Pak Megat.

"Waalaikumussalam Samah peramah, surat tak banyak tapi masa banyak leww..nak ajok aku lawan dam aji keww?" posmen bernama Zamani bersoal-balas sambil bibirnya terjuih-juih bercakap serupa budak bandar baru nak up.

"Ishh..tak sempat ni Zamani oi..aku tengah tunggu Sulaiman Al-Farisi yang kerja hantor surat dengan GDEX ni datang. Tadi dia hantor sms ke aku katanya nak ajok berentap. Kemain berdegor-degor sembang dia. Tak sabor aku nok kitai-kitai dia makan lima ni.." Abu Samah teguk teh tarik dah sejuk yang terhidang di atas meja berbalut kain corak bunga di depannya.

"Ah engko ni..cuak kata cuak.." cabar Zamani sambil jeling-jeling kucing.

"Engko jangan Zamani. Aku ni pantang kena cabar, mendidih satu badan.." Abu Samah hentak meja pakai siku. Meja dam aji warong Pak Megat patah dua. Zamani pandang kejadian meja patah itu dengan tubuh yang terketar-ketar. 2 saat kemudian Zamani bersepah-sepah berlari ketakutan.

Atas kepala Abu Samah keluar asap berkepul-kepul. Marah betul dia. Pak Megat di kaunter warong jeling paiseh, "kalo peramah beri ke dia, tapi kalo pemarah pun dia juga yang top. Perangai pesen tak K-Pop langsung!"

Pak Megat hentak siku ke meja.

Dumm!

Abu Samah kerling Pak Megat tajam. Pak Megat terus teraba-raba cari pen buat-buat lukis muka kucing siam sambil bersiul lagu mengindang-indang hati kama, mengindang dalam tampian.


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.