Seperti yang diumumkan sebelum ini, buku ni akan berada di pasaran pada 1 Januari 2012. Tapi memandangkan gua tahu ramai yang dah mula nak bercuti, pergi membawa pakwe makwe mandi-manda di air-air terjun yang berhampiran dan berkelam-kabut packing barang mahu pulang ke kampung, jadi borang tempahan dan belian untuk buku ni dah pun dikeluarkan di Lejen Press. Jika sekiranya ada berasa berminat hendak memiliki buku ini walau sekelumit sekalipun, sila masuk ke dalam sini untuk urusan pembelian. Ini sebuah novel pendek. Tentang apa tu ada la. Rahsia. Buku ni nak memupuk masyarakat mengisi masa menghiburkan diri dengan tersengih-sengih. Sengih ni boleh hilangkan stress. Tahu?
Jangan sampai berfikir 2 kali kerana bila masuk yang ke-2 kali fikir tu, akan melarat-larat menjadi 3 kali fikir dan seterusnya sampai esok pagi ayam berkokok balik pun engko takkan habis-habis fikir lagi.
Share



