Tajuk buku ni Jusoh Turbo. Buku ni akan keluar pada 1 Januari 2012 sebanyak 150 kopi sahaja. 130 kopi akan dijual secara online di website Lejen Press manakala 20 kopi lagi akan dijual di Rumah Buku Uya Distro. Pembelian secara online boleh dibuat mulai malam ini (28 Disember 2011) pada jam 9 malam.
Kenapa buku ini dicetak sedikit sangat? Kerana buku ini istimewa untuk 150 orang sahaja. Ini bermakna 6,952,939,682 penduduk bumi yang lain tidak memiliki buku ini. Ini juga memberitahu bahawa pemilik buku ini adalah salah seorang daripada 0.00000215736% daripada penghuni bumi ini yang bertuah memiliki buku Jusoh Turbo.
Lejen tu!
Borang pesanan akan ditutup setelah tempahan dan belian mencecah 150 naskhah. Sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada gua di facebook, twitter atau emel aisalinglung@lejenpress.com
Apa-apa pun gua nak ucap terima kasih banyak kepada semua yang suka membuang masa membaca contengan gua yang entah bila nak habis ni.
Cium sikit!



