Suami Membeli Kunyit

13 Disember 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Semenjak jadi laki orang ni, gua dah mula belajar selok-belok ayam dan ikan, sayur dan daging, juga harga pasaran gula di pasaraya tempatan terutamanya Mydin. Mula-mula khuatir juga nak beli barang dapur di Mydin bimbang nanti beli barang yang tak ada kelas. Tapi setelah dua tiga kali pakai barang Mydin, perasaan khuatir tu mula beransur-ansur surut. Ayam dia steady, duduk dalam peti ais lama sikit pun tahan lama. Sayur dia pun boleh tahan segar. Pendek kata, orang kelamin suka la pergi Mydin ni. Dulu masa belum kahwin susah juga nak mendalami fenomena pergi ke Mydin ni. Sekarang alhamdulillah.

"Belikan kunyit, kacang botol, telur masin, cili padi, bawang putih, bawang merah..." kata orang rumah gua. Ewahh! Dah boleh pakai gelaran 'orang rumah' dah sekarang. Dulu dok dengar bapak-bapak saja yang guna benda alah ni.

"Baik sayang. Nah tangan, salam cium.." ujar gua sambil menghulur tangan. Orang rumah gua bergegas mencapai tangan gua dan salam cium tangan gua. Hati gua lekas-lekas berasa sejuk.

Gua pun lekas-lekas pergi ke Mydin tanpa berfikir panjang. Apa benda la sangat kalau setakat beli barang dapar. Itu semua kerja celah gigi, semua gua dah biasa buat sejak dari kecik. Mak suruh beli ayam, gua kayuh basikal sekilo ke pasar, 2 kilo gua beli sekali dengan cekelat getah. Mak suruh beli tepung, gua bawa balik tepung sama Nini cekelat celup. Mak gua suruh beli telur, gua bawa pulang telur dengan Dindang. Senang cerita, semua yang sampingan tu gua anggap nafsu budak-budak.

"Ayam setel, telur setel, kacang botol setel, cili padi setel, bawang setel...hmmm..apa lagi yek?" soal gua sambil bersepah sana-sini memandang keliling. Seketika kemudian, mata gua tepacak ke signboard 'kunyit muda'. Lalu semberono gua berjalan menghala ke kunyit muda. Sesampai di kunyit muda, gua lihat jiran kunyit muda iaitu kunyit tua. Lantas itu juga gua dah menggaru kepala di dalam hati. Gua berfikir-fikir dua tiga kali.

Gua seluk kocek dan bawa keluar henpon. Gua call orang rumah yang berada di rumah. Tak berangkat.

"Hmmm..kunyit tua ke kunyit muda ni sulaiman?" gua berbual-bual dengan watak bayangan di dalam hati. Tak berjawab. Gua lilau lagi ke jiran sebelah kunyit tua, gua terlihat pula kunyit bentong. Nah! Sekarang dah ada tiga jenis kunyit yang perlu dipilih yang mana satu.

"Celaka. Ini betul-betul mencabar tugas suami!" Gua terajang meja kunyit slow-slow. Bimbang juga masuk CCTV nanti.

Gua ambil 3 plastik. Plastik pertama gua bubuh kunyit muda. Plastik kedua gua bubuh kunyit tua. Plastik ketiga gua bubuh kunyit bentong.

"Bijak tak agak-agak aku ni selepas berkahwin ni yek.." gua berjalan riang menuju ke kaunter timbang.


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.