Syahmi Amri Mencari Nafkah Di Kota Episod 2

15 Disember 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Itu malam hujan rintik-rintik setelah sepanjang siang matahari membahang riang. Mak katak dan anak perempuannya berlindung di kotak air mineral yang dibuang tauke kedai runcit cina di tepi longkang. Bau busuk hanyir air char menerawang masuk ke dalam lubang hidung Syahmi Amri yang berbentuk jambu air. Jika diperati secara sekali imbas, kekacakan Syahmi Amri memang tidak dapat disangkal lagi.

"Nak..engko tengok balak yang jual buku dengan pin tu..kemain kacak lagi dia.." ujar mak katak. Jari telunjuknya dihala ke arah Syahmi Amri yang sedang tersengih-sengih melihat orang lalu-lalang di depan table yang dibukaya untuk mencari nafkah.

"Kenapa bu?" soal anak perempuan katak kepada mak katak.

"Kalo engko dapat jodoh yang macam gitu..sejuk hati mak nak.." balas mak katak sayu.

"Iya sangat la tu mak. Macam putera.." anak katak yang masih bersaiz comel-comel olololo itu tak berkelip-kelip menatap wajah Syahmi Amri.

"Putera?" mak katak dah macam terkejut melihat keterujaan anaknya yang berlebih-lebih.

"Putera katak! Kah kah kah!" gelak ketawa 2 ekor anak beranak itu memecah sunyi malam jumaat.

"Kuuuruupppp! Kuuuruuupppp!"

Syahmi Amri kerling ke arah bunyi katak yang dia rasa macam sedang mengumpat dirinya. Jam ketika itu berlegar-legar sekitar angka 10. Lagi dua jam Syahmi Amri akan selesai berniaga dan boleh melipat table dan melaporkan diri dan hasil jualannya pada hari itu.

2 jam berlalu.

Gua berjalan menuju ke kedai cd Ah Seng. Dari jarak sepanjang sebuah bas ekspres, gua dah nampak muka Syahmi Amri yang seperti biasa sedang tersengih-sengih.

"Barapa sale ini hari ya abe?" gua tepuk belakang Syahmi Amri 3 kali.

"Sale laju molek sikit harini kalu nok banding nga semale.." jawab Syahmi Amri.

"Berapa tu?" soal gua dengan rasa berdebar yang lain macam.

"Saaaaa..puluh ringit bro!" Syahmi Amri mengekek-ngekek menyorok di balik meja.

"Hmmm..bagus! Ada kemajuan. Kalo ini macam, cukup seminggu engko bukak table depan kedai cd Ah Seng ni engko dah boleh beli Mecedis!" puji gua penuh bunga.

"Nah dua ringgit duit bonus.." hulur gua kepada Syahmi Amri.

"Esok male tok se doh, ambo nok resign..." ujar Syahmi Amri slow-slow, tersengih-sengih macam putera katak.

Praaappp!

Gua karate meja patah 18. Katak 2 beranak berterabur melompat lari dari depan kedai cd Ah Seng.

"Pesen melayu mudah putus asa!"



Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.