Syahmi Amri Mencari Nafkah Di Kota Episod 3

22 Disember 2011 Dikarutkan oleh Linglung

Selepas hampir berminggu-minggu Syahmi Amri berada di kota mencari nafkah, ini hari gua tengok dia runsing bukan main. Semalam masa tidur, dia tidur celik, mulut ternganga. Bila bangun tidur, dia mundar-mandir di ruang tamu. Lepas gua sound dia suruh pergi mandi, baru dia tersengih-sengih semula dan berterabur capai towel pergi mandi. Rupanya Syahmi Amri berperangai pelik dek kerana khuatir dengan result PMRnya yang keluar ini hari di Kota Bharu.

Keluar bilik mandi, Syahmi Amri kembali menujukkan tanda-tanda seperti orang yang dah tak lama. Gua perati muka dia baik-baik risau kalau dia terkena sampuk dek samting samting. Lepas diperati-perati, gua berasa lega lalu memberi dia sebiji pisang montel. Syahmi Amri tak mahu. Dia buka tudung saji dan memakan nasi goreng yang orang rumah gua baru masak, panas-panas lagi tu.

Fuuuu! Fuuuuu!

Selesai mengisi rezeki ke dalam perut, gua ajak Syahmi Amri keluar pergi ke Uya Distro untuk mengecek result dia yang gua rasa cemerlang juga. Dulu masa dia UPSR, khabarnya sipi-sipi lagi dia nak score straight A dan menjadi buah mulut orang kampung.

Dalam perjalanan ke Uya Distro, gua suruh Syahmi Amri cek result pakai SMS. Dia pun terus tergesa-gesa mengikut kata gua. Gua duduk diam-diam dalam kereta dengar Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Syahmi Amri gua jeling pakai ekor mata kiri, nampak tak tentu hala. Sekali-sekala beberapa budak-budak PMR lain menelefon dia dan memberitahu beberapa jenis result. Ada yang power dan ada juga yang tak berapa menjadi.

Sampai di Uya, gua buka laptop dan membuat karangan. Tiba-tiba Syahmi Amri bermuka sugul menghala ke arah gua yang sedang leka membuat kerja.

"Kawe dapak limo B tigo C.." Syahmi Amri menunjuk SMS result di henpon dia yang dah tak zaman orang pakai.

Gua geleng kepala bukan main. Selesai menggeleng kepala, gua sambung karangan gua yang baru separuh siap. Syahmi Amri gua suruh pergi jauh-jauh.

"Syahmi Amri! Meh sini kejap!" gua panggil Syahmi Amri mengadap selepas gua bosan membuat karangan.

"Gedio?" Syahmi Amri muncul di depan gua.

"Ni aku cek engko dapat 5A 3B. Engko jangan main-main. Pernah dulu orang cuba tipu aku, 3 hari 2 malam dia buasir!" gua herdik Syahmi Amri dengan jelingan yang paling tajam. Yang sebenarnya, gua tak cek pun result dia.

"Eh ok ok..kawe dapat limo A so B 2 C hok sebena.." Syahmi Amri terketar-ketar.

"Senang bukan main nak psycho budak-budak alaf baru ni..hahaha!" gua ketawa di dalam hati.



Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.