3 Jutawan Muda Malaysia

12 Januari 2012 Dikarutkan oleh Linglung
Kegiatan waktu rehat semasa di sekolah rendah dulu pengisiannya lebih berpusing-pusing kepada 5 perkara asas iaitu makan dan bermain. Oh, itu baru 2. 3 perkara asas yang lain pula adalah bermain, bermain dan bermain. Perkara asas yang pertama tu biasanya dilakukan di kantin sekolah ataupun di kaki lima di belakang bilik darjah. Perkara asas yang lain-lain itu pula lebih kick bila dilakukan di tempat-tempat yang berbeza mengikut jenis permainan itu sendiri. 

"Ada 15 minit lagi ni apa projek?" soal Yo atau nama betulnya Nazrul kepada Ajak. Gua dapat hidu soalan Yo itu ada bau-bau hendak intro untuk melakukan perkara asas kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Ajak bercita-cita mahu jadi askar bila dah besar panjang. Yo pula hendak menjadi perekacipta. Gua ketika itu sedang menanam azam ingin menjadi seorang pakar bedah terulung tanahair. Pehh lejen!

"Abang kawan cerita sekarang ni ada benda tengah naik kat kampung kita ni. Kawan tengah follow benda ni sekarang, try slow-slow. Silap haribulan boleh jadi jutawan muda kawan ni kalo buat betol-betol... " ujar Ajak. Tangannya bersilang-silang ketika memberi penerangan.

Urat-urat eksaited nampak jelas di dahi Yo bila mendengar Ajak bercerita. Berkerut seribu dahinya. Gua terbeliak juga mata bila mendengar perkataan 'jutawan' di tengah-tengah ayat Ajak. Gua bilang-bilang semula umur gua dengan menolak tahun semasa dengan tahun lahir. Ketika itu baru berumur 8.

"Cakap banyak tak guna. Moh ikut kawan.." Ajak mendahului trio menuju ke padang sekolah.

Gua kagum. Ajak dah masuk ke level yang lebih tinggi, tidak lagi melakukan perkara asas yang lima sahaja di waktu rehat. Extraordinary betul gua rasakan perangai Ajak ketika itu. Jarang-jarang timbul anak muda sesemangat itu di kalangan pengamal perkara asas yang 5.

Gua dan Yo follow rapat-rapat. Semangat berkobar juga ketika itu mahu mengikut jejak langkah Ajak ingin menjadi jutawan muda. Kalau betul menjadi, dapatlah gua tolong mak bapak gua menanggung kos sara hidup dan duit dapur. Untung-untung dapat juga gua membeli Mecedis sebiji buat mak gua ronda-ronda petang.

Sesampai di tengah padang, Ajak mula terbongkok-bongkok membelek-belek rumput, terkuis-kuis macam ayam cari cacing. Cuaca boleh tahan terik menyengat juga waktu itu. Gua dan Yo  masih kemas mengentalkan diri masing-masing demi sebuah harapan untuk menjadi anak melayu termuda menjadi jutawan di negara ini.

"Ha ni la benda alah yang kawan cerita tu.." Ajak cabut satu tumbuhan dari celah rumput.

"Apa benda tu?" Gua dan Yo sama-sama terpegun.

"Ini le jarum emas. Benda ni tengah naik sekarang ni. Abang aku cerita ada budak kampung collect ratus-ratus sehari jual benda alah ni.." Ajak menerangkan kehebatan jarum emas yang dipegangnya.

Semenjak daripada hari itu, selama beberapa minggu juga gua, Ajak dan Yo duduk terbongkok-bongkok di tengah padang menjadi pencari jarum emas. Masing-masing menguis-nguis. Belakang baju basah lenjun tu dah kira wajib bila masuk kelas selepas rehat. Cita-cita hendak menjadi askar, perekacipta dan pakar bedah sudah mula beransur pudar di dalam diri. Apa guna jadi pakar bedah lagi kalau muda-muda dah bergelar jutawan? Apa guna? Apa guna?

Semalam sebelum gua tertidur, gua bilang-bilang semula umur gua dengan menolak tahun semasa dengan tahun lahir. Sudah berumur 29. Sepanjang 8 nak jadi ke 29 tu, rasanya gua belum jadi jutawan lagi. Bengang juga gua rasa dengan Ajak malam semalam bila difikir-fikirkan sembang jutawan muda dia dulu. 

Tapi gua harap-harap Ajak simpan lagi jarum emas yang dia collect dulu. Nanti bila gua jumpa dia balik, gua nak rebus jarum emas tu paksa dia suruh minum air rebus tu sampai keluar duit bila dia berak. Itu jam, baru boleh kaver balik masa gua yang sia-sia di tengah padang menguis-nguis di bawah terik matahari dulu.

Gua harap setahun dua lagi tercapailah hasrat awal gua dulu nak menjadi jutawan muda, walaupun dah delay lebih 20 tahun. Budak 2 orang tu gua dah lost contact. Entah jadi apa mereka sekarang ni. Hendak menjadi jutawan tu dah satu persoalan. Entah jadi orang ke tidak tu lagi satu persoalan. Kahkahkah!

******
# Mahakarya gua Sperma Cinta dah dimiliki ribu orang jugak kalau dikira-kira. Pehh! Terima kasih yek :)
# Buku pertama daripada gua untuk tahun 2012 Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri.
# Buku Sperma Cinta 3 in 1. Dah macam air neskepe bunyi dia.
# Yang ni pulak Sperma Cinta 8 in 1. Lagi padu!


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.