Gua dan Geng Bas Sekolah

10 Januari 2012 Dikarutkan oleh Linglung
Masuk darjah 2 gua dah mula belajar satu lagi perihal kehidupan iaitu menaiki bas untuk pergi dan balik sekolah. Mula-mula berterabur juga perasaan hendak naik bas sendiri-sendiri tu. Tapi bila dah bersahabat dengan beberapa orang geng bas sekolah yang lain, perasaan berterabur itu mulai lesap slow-slow bertukar menjadi syok pula. Tambahan pula bila dapat memegang bas bersama kepala-kepala yang lain. Cempien betul rasa dia.

Setiap pagi gua akan sikat rambut belah tepi, sarung beg galas yang di kocek tepinya mak gua bubuh botol air berbentuk telefon bimbit dan menapak ke port menunggu bas. Kemas juga perasaan ketika itu ada botol air yang jarang-jarang lagi geng bas sekolah lain pakai. Ada la seorang dua lagi yang pakai botol air yang berteknologi canggih macam gua ketika itu, cuma mak dia tak bubuh di kocek tapi beg, tapi di dalam beg plastik. Jadinya gua la yang berperasaan kemas sekali. Bila masuk bas saja, geng bas sekolah akan pandang-pandang gua penuh cemburu melihat botol air gua yang berwarna biru itu. Ecehh! Eksyen juga gua ketika itu.

Perihal naik bas sekolah ni sebenarnya yang paling sedap sekali ialah bila hendak balik sekolah. Gua akan berlari pecut dari kelas ke tepi jalan besar Paloh Hinai - Pekan di mana bas sekolah akan mengambil gua dan geng budak sekolah lain untuk dibawa balik ke rumah. Biasanya bas sekolah akan sampai lewat sikit. Jadi, gua dan geng bas sekolah akan atur beg sekolah mengikut siapa sampai dulu beg dia di depan. Canggih juga otak budak-budak ketika itu sebenarnya. Dengan taktik sebegitu, geng bas sekolah tak perlu beratur sakan lagi di tengah terik matahari pukul 1, tapi beg sekolah yang akan beratur untuk mereka. Biasanya beg sekolah gua akan duduk di ranking top 5 sebab gua selalunya akan pecut bukan main bila loceng habis sekolah berbunyi membuat bising. Tapi kadang-kadang tu ada juga beg sekolah gua menduduki carta 5 tercorot bila gua kena tahan dengan cikgu lambat buat kerja atau lupa sifir 2. Kahkahkah!

Kebiasaannya, selepas memastikan beg sekolah selamat beratur, gua dan geng bas sekolah akan melakukan aktiviti bebas. Aktiviti bebas ini kebiasaannya meliputi acara membeli makanan ringan, makan aiskrim pop, berborak dengan makwe di bawah pokok rimbun, bermain ceper di kaki lima belakang kelas, bermain cuit tiang di susur gajah dan main sorok-sorok. Kebiasaannya gua akan menyertai kegiatan main cuit tiang dan main sorok-sorok kerana gua memang memegang 2 acara ini di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai. Kalau main cuit tiang, sampai ke habis gua tak kena jadi, cempien! Bila main menyorok pula, gua punya sorok memang kelas-kelas hantu kopek punya sorok. Payah betul nak jumpa.

"Satu..dua..tiga..empat.." Pejal membuat kiraan. Pejal punya benak bermain sorok-sorok ni memang level-level tak boleh latih lagi. Asyik-asyik dia yang jadi. Asyik-asyik dia yang jadi. Namun begitu gua tidaklah berasa hairan mana kerana gua tahu Pejal cempien dalam bidang lain iaitu bermain dam aji dan dam ular. Main game lain memang dia ke laut habis-habisan.

Gua pecut berlari mencari port. Itu hari gua ambil port di sebalik pokok bunga raya tepi tiang bendera sekolah. Jarak pokok bunga raya itu ke tempat Pejal mengira ada dalam 10 buah bas pendek punya jauh. Ke tempat beg sekolah beratur pula lebih kurang 15 buah bas pendek jauhnya. Sampai ke port, gua duduk diam-diam. Sekali-sekala gua mengintai-intai juga di celah-celah pokok tengok siapa yang dah kena. Lepas 1-2 minit penat mengintai dalam posisi bertinggung, gua duduk bersila membelakangi tempat beg sekolah beratur.

Lebih kurang 20 minit lenguh menyorok, gua dah mula bosan. Gua bangun dan berpatah balik menuju ke area bermain sorok-sorok. Lengang. Kelihatan pakcik aiskrim sedang ralit mengira burung di langit. Gua menapak pula ke tempat beg sekolah beratur. Gua jalan deras-deras sikit bila perasaan gua dah mula berasa tidak sedap. Berdebar tu boleh tahan juga rasa dia ketika itu. Mana geng bas sekolah lain?

Sesampai gua di tempat beg sekolah beratur, gua kira-kira jumlah beg yang sedang beratur di situ.

Ya! Ada 1 beg saja, dan itulah beg gua. Beg-beg lain dah selamat naik bas bersama tuan-tuan mereka.

"Bagero!" gua sepak batu kerikil dengan kasut sekolah gua yang dah rupa macam kasut kebun.



*****
# Mahakarya gua Sperma Cinta dah dimiliki ribu orang jugak kalau dikira-kira. Pehh! Terima kasih yek :)
# Buku pertama daripada gua untuk tahun 2012 Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri.
# Buku Sperma Cinta 3 in 1. Dah macam air neskepe bunyi dia.
# Yang ni pulak Sperma Cinta 8 in 1. Lagi padu!


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.