Jalil, Mak Jah dan Kereta Turbo - Sedutan Bab 2 Jusoh Turbo

02 Januari 2012 Dikarutkan oleh Linglung



“Lama lagi ke engko nak repair kereta turbo tu Jalil?” soal Mak Jah yang sedang bertungkus-lumus mengelim karipap untuk dibuat bekal oleh Jalil yang hendak keluar meluangkan masa bersama kutu-kutu rayau kampung mencari life di petang Jumaat.

Sudah menjadi rutin anak bujangnya itu untuk keluar berkumpul bersama ‘mat ker mat ker’ seluruh kampung di tepi benteng Sungai Kolek pada setiap hari Jumaat selepas Asar. Di situ ada dataran luas untuk mereka parking dan show off kereta masing-masing. Di situ juga mereka akan melepak berbicara tentang kereta, cerita soal power, rekacipta dan ubahsuai kereta masing-masing dan bagaimana cara hendak menjana ekonomi untuk mengupgrade kereta menjadi lebih power dan lebih pergi. Jadi secara tidak rasminya, tepi benteng Sungai Kolek itu menjadi tempat lahirnya bakal pakar otomotif negara yang diharapkan dapat membuat kulit kereta lebih kuat dan keras daripada tin milo yang mana teknologi itu digunapakai secara meluas oleh 2 gergasi otomotif Malaysia, Proton dan Perodua ketika itu.

Jalil senyap menjawab tak sepatah. Mata Jalil tertancap ke arah seekor cicak yang bersembunyi di sela kayu jamban. Cicak berukuran setengah jengkal itu berdecit-decit sambil melibas-libas ekor pendeknya. Meliuk-lintuk ligat. Mata hitam bulatnya berlawan pandang dengan Jalil. Dorsalnya berbintik-bintik. Bintil-bintil kecil memanjang di sisi tubuhnya kiri dan kanan. Sekali-sekala lidahnya terjelir-jelir cuba menangkap nyamuk tiruk yang terbang dekat dengannya membuat bising.

“Kau ngitai aku yek?” Jalil menutup batang penis dan skrotumnya yang berbulu melebat seperti buah rambutan buruk. Dicedoknya air di dalam baldi dengan kedua belah telapak tangan dan disimbah ke arah cicak dorsal bintik-bintik itu. Batang penis dan skrotum Jalil kembali terdedah. Cicak itu ketawa kecil melihat kebangangan Jalil yang menggeletek hatinya.

“Mak tanya ni Jalil oiii! Bila nak repair kereta turbo tu?” Mak Jah melontar persoalan sama dengan nada yang lebih memberangsangkan.

Jalil hela nafas dalam-dalam. Prinsipnya harus ditolak ke tepi kali ini. Bau dal dan kari basi bercampur-baur menerobos masuk menepis-nepis bulu hidungnya. Busuk. Masam. Jalil kembali menekup tangannya di celah kangkang.

“Sekejap la mak. Mak jugak yang ajor Jalil kabor tak molek bercakap masa berak. Dah setel Jalil bertungkus-lumus ni karang Jalil jawab la soalan mak tu. Jangan dibimbangkan sangat pasal kereta turbo tu. Semua tu di celah gigi Jalil je mak...” rokok yang dikepit di jarinya disedut dan dihembus puas-puas mengharapkan bau dal dan kari basi itu menghilang. Namun bau itu masih pekat menerawang di dalam jamban tempat Jalil bertinggung. Cicak yang tadi  menyorok di sela kayu sudah hilang pergi berburu serangga untuk santapan petang.

Di rumah papan setingkat 2 bilik tidur, 1 bilik air itu tinggal 2 beranak yang menyara hidup dengan hasil jualan karipap maknya. Si anak, Jalil bertugas sebagai drebar peribadi maknya, Mak Jah untuk ke pasar dan berniaga di bahu jalan ketika orang-orang opis dengan muka sugul mula bertolak pergi kerja. Di kampung itu, karipap Mak Jah tersohor sampai ke pinggir bandar. Malah tak kurang juga yang datang dari pusat bandar masuk ke kampung semata-mata untuk membeli karipapnya. Karipap Mak Jah sebenarnya kalau dipasarkan secara lebih sistematik boleh pergi lebih jauh ke peringkat daerah. Untuk-untung dapat ke peringkat negeri. Lagi bertuah kalau dapat branding sama naik dengan sabun jongkong emas tulen UMIE, semua orang Malaysia pakai. Busuk-busuk pun saing-saing branding beger Ramly. Lebat tu.

“Engko kena make sure kereta turbo tu siap repair petang ni. Dah 2 hari mak tak meniaga ni Jalil. Kalo masuk 3 hari macam ni, memang engko makan selipar la gamaknya besok...” leter Mak Jah sambil memperbetulkan silanya.

“Ye la. Ye la..” Jalil capai batok dari dalam tempayan kecil.

Braaaarr! Braaarr!

Jalil beristinjak mengikut ilmu yang diajar Ustazah Halimatun ketika di tadika dulu.


Cerita di atas adalah sedutan daripada buku Jusoh Turbo. Dalam buku novel pendek ini, cerita di atas terkandung dalam Bab 2 bertajuk Soalnya Emak. Buku ini boleh dibeli di Uya Distro secara walk in atau di website Lejen Press secara belian online.

Semoga tahun 2012 ni kita jadi lagi rajin, lebih produktif dan berguna kepada masyarakat. Kepada yang dah cukup umur untuk keluar mengundi tak lama lagi, pastikan diri aok tu dah berdaftar sebagai pengundi. Jangan cakap tak hendak hirau pasal politik atau politik tak memberi impak pada hidup aok. Itu ayat atau alasan orang yang akal dia pendek kemetot malas nak berfikir lebih panjang sedikit. Sebagai contoh, kalau aok tu meniaga buah duku, tup tap tup tap kerajaan yang menerajui negara nanti mengisythiharkan semua rakyat Malaysia diharamkan menjual duku. Jadi di situ, sebab aok tak mengundi memilih kerajaan, aok dah menutup periuk nasi aok sendiri. Jelas tak ni? Kalau tak faham-faham lagi, ada baik aok pergi mandi bunga. Kadang-kadang benak tu kalau dah sebati dengan daging payah juga nak jumpa penawarnya.

Selamat Tahun Baru 2012!



Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.