Kalaulah Pakcik Berjanggut Putih Berputus Asa Ketika Gagal Kali Ke-1008..

06 Januari 2012 Dikarutkan oleh Linglung
Gigi berterabur bukan halangan untuk saya berjaya!

Rupa-rupanya tokei Honda dulu pernah mintak kerja dengan Toyota sebagai engineer dan dia kena reject secara bulat. 'Bulat-bulat' maksud gua. Selepas itu, manusia bernama Soichiro Honda ini menganggur lama juga sampaikan beras di rumah pun habis lalu dia sedar bahawa dia tidak patut berbuat begitu dan meletakkan diri sebagai penghabis beras di rumah semata-mata. Dia pun mula membanting tulang mencipta enjin untuk menggerakkan sebuah basikal dan dia berjaya. Ciptaannya itu dikagumi jiran tetangga. Dari situ bermulalah pembentukan sebuah empayar automotif yang tersohor di seluruh dunia; Honda.

Rupa-rupanya tokei syarikat yang membuat walkman yang gua pakai masa hidup berasarama dulu, Sony bermula dengan menghasilkan produk sulungnya yang berupa rice cooker. Tapi engko nak tahu? Laku tak sampai 100 set je derr. Adoi! Sakit juga mendengarnya. Tak tahulah apa silapnya di situ. Mungkin dia lupa mandi wajib ketika mencipta rice cooker tersebut. Mungkin. Nasik jadi tak sedap ke, bil elektrik melambung lepas guna rice cooker Sony ke dan macam-macam kemungkinan 'ke ke ke' lagi yang boleh menjadi sebab kegagalan mereka muncul sebagai pengeluar rice cooker yang menjadi. Namun dia bangkit menubuhkan sebuah syarikat perkongsian dan hasilnya, siapa tak tahu Sony?

Logo ni kat Kuala Rompin pun ada tau!

Rupa-rupanya atok berjanggut putih yang membina empayar besar KFC dulu bermula dengan 'terpaksa' memasak untuk keluarganya selepas bapaknya meninggalkan dunia. Emaknya keluar mencari rezeki dan dia duduk terkontang-kanting di rumah membuat latih tubi memasak itu dan ini. Last-last, dia lari dari rumah bila selalu kena pukul dek bapak tirinya selepas emaknya mendirikan rumah dan tangga yang baru. Di situ titik tolak perjalanan beliau mendaki puncak kejayaan. Namun, ketika on the way hendak berjaya itu, sebenarnya resipi ayam KFC beliau yang kita makan sedap sehingga ke hari ini tu telah direject sebanyak 1009 kali oleh restoran-restoran yang beliau cuba cucuk jarum untuk membuka francais bisnes ayam gorengnya. Ya, 1009 kali GAGAL sebelum BERJAYA sampai sekarang.

Jadi gua tak nampak apa beza 3 orang mamat bertuah ini dengan kita semua. Kalau atok janggut putih tu give up masa kegagalannya yang ke 1008 kali, gua tak rasa kita semua dapat merasa makan KFC macam ini hari. Bangkitlah setiap seorang dari kita. Keluar daripada zon selesa, membuat kerja rutin, membuat hal-hal yang sama dan tidak produktif. Ada sebabnya tuhan berikan kita sehari lagi pinjaman badan yang sihat. Ada sebabnya tuhan masukkan lagi nafas ke rongga kita. Semuanya untuk memberi kita peluang untuk mencari sendiri kejayaan gaya kita ciptaan kita.

Tetapkan misi dan visi. Fokus. Atur langkah dan percaturan sebelum bertindak. Sentiasa belajar daripada sesiapa saja walau daripada semut sekalipun. Belajar menghargai orang sekeliling dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa ada mendukung kita untuk terus ke atas.

Kenapa gua guna 'kita'? Bukan 'aku' atau 'kau'? Kerana gua harap kita sama-sama berjaya jumpa kejayaan dan impian dengan langkahan yang lebih besar seiring dengan impian besar kita. Jangan kata nak duduk rumah banglo kalau setakat pergi opis balik opis tidur. Tak maju.


*****

# Mahakarya gua Sperma Cinta dah dimiliki ribu orang jugak kalau dikira-kira. Pehh! Terima kasih yek :)
# Buku pertama daripada gua untuk tahun 2012 Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri.
# Buku Sperma Cinta 3 in 1. Dah macam air neskepe bunyi dia.
# Yang ni pulak Sperma Cinta 8 in 1. Lagi padu!


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.