Sudah lama juga kaki gua ni tak menjejak ke bumi Kuantan sejak berikhtiar mencari rezeki di ibu negara. Di sini dulu ibaratnya taman permainan gua. Setakat tour dengan cara berjalan kaki satu bandar Kuantan gua sebarangan saja membuatnya. Daripada bas bandar yang turun di belakang pasar, gua menapak ke Megamall. Sudah puas tengok list wayang baru main di panggung dan selepas kira-kira tak cukup duit hendak lihat wayang, gua menapak pula ke Kuantan Plaza main Daytona dua tiga round. Selepas beberapa pelumba tempatan gua tumpaskan, gua menapak pula ke Kuantan Parade yang terletak sebatu lebih juga dari situ. Kerja berjalan kaki tour Kuantan ni selamba kodok saja dibuatnya oleh gua ini. Pehh! Lejen juga kaki gua ni sebenarnya masa zaman muda dulu bila dikenang-kenang semula.
Itu hari, gua tengok banyak juga kemajuan yang telah terjadi di bumi Kuantan. Stadium yang tak pernah penuh sedang dalam penambahbaikan. Apa faedahnya pun gua tak tahu. East Coast Mall pun sudah nampak happening juga. Megamall sudah bercat baru. Kopitiam-kopitiam depan Megamall entah ke mana pergi dia. Tunas Manja Transit Point tempat gua main beras dulu pun dah nampak tak sedap. Tak sama masa zaman kegemilangannya dulu. Stor tempat gua bela ular layan tidur dulu pun dah jadi kedai jual telefon genggam. Keseronokan pekerja sekarang sudah tidak dapat gua kenalpasti lagi.
Sebelum gua meneruskan perjalanan ke Kuala Rompin melalui bandar Najib, gua lilau ke belah Tanjung Lumpur cari rezeki tengahari. Dapat juga gua pekena nasi yang dicampur dengan lauk-pauk lazat bersama air kopi panas. Cuaca pula suram mendung ketika itu. Keropok lekor 2 ringgit dan beberapa ringgit goreng pisang panas sedikit sebanyak dapat memanaskan kembali enjin badan gua. Keropok lekor tengahari itu diakui oleh bini gua sebagai berkualiti tinggi dan sukar ditemui di ibukota. Memang pun, di ibukota nun orang buat keropok pakai lutut yang kemudiannya dijual kepada kita yang kelaparan. Kita yang payah hendak jumpa keropok ni pun makan saja tak berkira banyak. Jadi tengahari itu, nikmat memakan keropok lekor tidak terperi rasanya.
Selesai cuci tangan dan cungkil gigi, gua pergi bayar makan. Bil makan gua bayar cash. Tiada ansuran dan tanpa cengkeram.
Gua tinggalkan Kuantan menuju ke sebuah tempat yang lebih nostalgia; Kuala Rompin.
*****
# Buku pertama daripada gua untuk tahun 2012 Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri.
# Buku Sperma Cinta 3 in 1. Dah macam air neskepe bunyi dia.
# Yang ni pulak Sperma Cinta 8 in 1. Lagi padu!
Share


