Kembara 3

24 Januari 2012 Dikarutkan oleh Linglung
Di Tanjung Lumpur, Kuantan gua menemui kenikmatan memakan keropok lekor semula selepas lama tidak menemuinya di Kuala Lumpur yang kebanyakan peniaga keropok lekor di sana jenis orang meniaga dia pun nak meniaga tapi taik kucing dia meniaga macam gitu. Kalau ya pun nak meniaga, meniagalah benda yang kita johan dalam hal ehwal pembuatan dan selok-belok sebelum selepas jualannya. Jika kita terer membuat kuih lompat tikam, bukalah kedai jual lompat tikam dan juallah ia sepuas-puasnya. Jika kita terer membaiki motosikal, maka bukalah bengkel motosikal dan duduklah kita membela motosikal orang yang dihantar sehingga baik semula. Jika ini berlaku, biasanya pelanggan pun akan berasa puas juga.

Jika disimpul-simpulkan dengan baik, ia sebenarnya semudah begini; bila kita johan dalam acara ping pong, kenapa kita perlu bertarung dalam sukan ragbi yang kita lauk lalu menyusahkan bukan saja diri sendiri, malah rakan sepasukan, jurulatih, pemain lawan dan juga pengadil. Bangang tu namanya. Mudah bukan kesimpulan ini?

Jadi gua teruskan perjalanan ke bandar Pekan, tempat di mana gua diajar menjadi orang dan belajar hendak menjadi orang. Di situ banyak bukan main kenangan yang tertumpah. Ada yang manis, ada yang masin, ada yang masam dan tidak kurang juga yang pahit lepang. Jadi sepanjang perjalanan dari Tanjung Lumpur ke Pekan tu gua perati baik-baik setiap perubahan yang telah menjadi. Paling gua notis adalah kebesaran dan kelebaran jalan sepanjang menuju ke Pekan. Taraf jalan dah jadi macam highway di Kuala Lumpur. Maju betul. Tak sia-sia Najib Razak jadi Perdana Menteri, reti juga dia membawa sedikit teknologi jalanraya yang maju sikit di bumi Pahang ini. Kalau tidak, malu hendak cerita.

Hutan tebal, struktur semulajadi yang seharusnya kekal masih kekal. Namun ada juga beberapa kawasan yang telah dirogol keasliannya untuk memberi laluan kepada kemajuan dan kemodenan. 2 perkara itulah kebiasaannya yang menghalalkan hijau alam, kayu-kayan, kenikmatan bernafas dengan udara segar dicabul tanpa belas kasihan. Apa nak jadi? Dan apa akan jadi 50 tahun daripada sekarang?

Menyeberangi jambatan Pekan yang menyambungkan dua tebing Sungai Pahang mengangkat kembali nostalgia lama gua ketika menjadi budak-budak yang sedang galak mencari life dulu. Di tepi tebing sungai itu gua, Apis Mael dan Ipin berjalan kaki sambil mengelak tahi-tahi lembu segar dan kering untuk fly ke bandar Pekan. Di situ juga kami ini terserempak dengan seorang lelaki bermotosikal yang bunyinya memang familiar betul. Bunyi motor tu memang cukup digeruni di sekolah. Ya, lelaki bermotosikal itu adalah cikgu Liyas. Terkejut bukan main ketika itu sehingga terbayang cikgu Liyas punya swing ketika melempang budak. Menitik air mata gua cakap betul tak ada tipu-tipu. Lenguh tengkuk selesai kena tempeleng tu boleh terasa berhari-hari. Pehh!

Gua lalu depan sekolah lejen, Shahpekan. Gua pandang ke padang tempat gua bermain bola dulu. Di kedua-dua pintu gol yang terpacak di padang itu pernah berdesup masuk bola tendangan padu maut gua. Cewaah! Eksyen pula tu. Di sebelah sekolah gua lihat warong Murtabak Mengkasar yang cukup lejen di kalangan orang Pahang. Murtabak Mengkasar punya sedap memang johan sekali. Gua malas nak cerita banyak kerana air liur gua dah menitik ketika sekarang ini.

Gua pusing bandar Pekan dan perati ia dari sudut pandangan dulu dan sekarang. Masih terletak di tebing sungai. Masih mempunyai kedai-kedai makan yang tidak dikunjungi orang. Masih hidup dengan operasi stesen bas yang tidak canggih dan tidak selesa langsung. Masih tidak ada traffic jam. Kesimpulannya, bandar pekan masih tak banyak berubah daripada 10 tahun yang lalu.

Sepanjang perjalanan ini gua cerita satu persatu sejarah tempat dan kenangan gua dengan tempat-tempat itu kepada isteri gua yang duduk di sebelah. Ralit juga dia mendengar cerita-cerita yang gua sampaikan sampai tidak sedar yang bandar Pekan telah kami tinggalkan dan sudah on the way ke sebuah lagi bandar cempien dalam hal ehwal kedamaian, Kuala Rompin.


*****

# Mahakarya gua Sperma Cinta dah dimiliki ribu orang jugak kalau dikira-kira. Pehh! Terima kasih yek :)
# Buku pertama daripada gua untuk tahun 2012 Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri.
# Buku Sperma Cinta 3 in 1. Dah macam air neskepe bunyi dia.
# Yang ni pulak Sperma Cinta 8 in 1. Lagi padu!


Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.