Ada Apa Dengan Perlis?

29 Februari 2012 Dikarutkan oleh Linglung
Sepanjang berpuluh-puluh tahun gua menetap di Malaysia ni, belum pernah lagi gua berjaya letak tapak kaki gua ini ke negeri Perlis, apatah lagi dapat menghidu udara Perlis. Bukan setakat itu saja, bila gua kira dengan mesin kira, gua hanya pernah berkawan dengan 2 orang Perlis saja sepanjang hayat ini. Seorang semasa di sekolah menengah manakala seorang lagi ketika belajar di universiti dulu.

Macamana bau Perlis?
Makan apa sedap kat Perlis?
Besar manakah Perlis?
Handalkah orang Perlis bermain bola lisut?
Berapa banyakkah traffic light yang ada di sana?
Kopi cap apa paling femes di sana?
Budak Perlis cakap jenis macamana?
Fasihkah orang Perlis berbahasa Arab?
Pernahkah budak-budak sekolah Perlis bermain cuit tiang?

Pundek. Semua soalan ni gua tertanya-tanya sejak dulu lagi tapi tak pernah gua temui jawapannya.

Tapi syukurlah hujung minggu ni gua berpeluang juga ke sana. Itupun kerana gua menyelam sambil minum air. Kalau tidak, sampai ke tua gua akan rasa terasing dengan negeri Perlis ni.

Gembira betul rasa hati ini sampaikan gua terlupa akan ketagihan choki-choki yang gua alami sejak kecil.

Perlis! Tunggggguuuuuu....abang dataaangggggg!



# Mahakarya gua Sperma Cinta dah dimiliki ribu orang jugak kalau dikira-kira.
# Buku pertama daripada gua untuk tahun 2012, sebuah novel pendek Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri.



Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang urusan dan pertanyaan untuk pengiklanan, undangan majlis VIP, jemputan perkahwinan, petua ilmu kebatinan, tips-tips membuat duit palsu menggunakan daun pisang, pendapat tentang soal cinta dan segala macam rahsia cakerawala samada rasmi ataupun bukan rasmi, anda boleh e-melkan kepada saya di aisalinglung [at] gmail.com. Untuk lebih mudah, isi borang e-mel dengan menekan tab 'contact' nun di atas sana.