SAN FRANCISCO (28 February 2012) – Pada hari ini, jenama Dockers® berbangga untuk
mempersembahkan visual pertama daripada evolusi terkini platform pemasaran
antarabangsa, Wear The Pants® terbarunya yang menampilkan Bear
Grylls, bintang berbilang rancangan survival (kemandirian) ekstrem.
Kempen ini akan menggandingkan karisma lasak Grylls
dengan keluaran terbaru dalam gaya maskulin yang diperhaluskan dan boleh
didekati daripada sumber khaki muktamad di seluruh dunia, jenama Dockers®. Sebahagian
daripada kempen ini dirakamkan di kawasan “liar” Manhattan, termasuk beberapa
siri pemandangan luar yang difotograf di Central Park tercinta bandar ini, oleh
jurugambar Koto Bolofo.
Kempen Wear The Pants® yang bersifat gurau senda daripada Jenama
Dockers® dilancarkan pada lewat tahun 2009, terus meraikan
kebangkitan semula khaki sebagai seluar panjang seharian pilihan utama lelaki
di seluruh dunia, tetapi kini platform ini turut meraikan keghairahan, tujuan
dan empati. Kempen Wear The Pants® terus mencetuskan
perbualan mengenai makna menjadi lelaki pada hari ini. Kelahiran terbaru
kempen ini akan menampilkan Bear Grylls dalam gaya Dockers® yang
tersohor seperti siluet Signature dan Alpha Khaki dan akan dilihat merentasi
dunia. Kempen Wear The
Pants® dihasilkan secara kerjasama dengan DraftFCB, San Francisco
dan bersepadu sepenuhnya dengan cetak, papan iklan, radio, media sosial,
komponen pemasaran dalam gedung dan digital.
“Bear Grylls adalah hero dunia sebenar, perwatakan tepat
bagi kempen Wear the Pants® kami," kata Jen Sey, naib
presiden kanan pemasaran global untuk jenama Dockers®, mengenai pemilihan Bear sebagai muka bagi kempen 2012. "Kami teruja dapat
bersatu dengannya, lelaki penuh aksi dan kepintaran SEBENAR, yang keluar
mengharungi dan menjelajah dunia dengan berani, melakukan apa yang disukainya. Keghairahannya dan
semangatnya serta komitmennya terhadap keluarganya senada dengan semangat
jenama Dockers® dan kempen Wear the Pants®.
“Memang menyeronokkan untuk menjadi sebahagian daripada kempen Wear The
Pants® 2012. Saya sentiasa
mencari pakaian yang lasak dan tahan lama daripada jenama seperti Dockers®
yang mudah didekati dan diperoleh,” kata Bear Grylls.
Dikenali di seluruh dunia sebagai individu yang menyambar
peluang dengan keghairahan untuk kembaran dan kemandirian luaran, Grylls membesar di United Kingdom di Isle of Wight, di
mana dia dilatih sejak kecil lagi dalam mendaki, berlayar dan seni
mempertahankan diri. Dia kemudiannya
berkhidmat sebagai tentera selama tiga tahun dalam Pasukan Khas British, dengan
SAS, sewaktu mana dia memahiri banyak skil yang dapat ditonton peminatnya
di seluruh dunia pada masa ini di televisyen sambil dia mencabar hutan, padang
pasir dan gunung paling suka di dunia.
“Man Vs. Wild” berjaya meraih audiens seluruh dunia yang
besar sebanyak 1.2 Bilion penonton yang menonton untuk melihat lelaki lasak
zaman moden beradu kepintaran terhadap perkara paling buruk yang dipersembahkan
dunia semula jadi ini.
Dengan
sikap tidak berputus asanya dan latar belakang berkemahiran, Grylls telah
memukau penonton di seluruh dunia, membina pangkalan peminat yang besar dan
setia. Pelaksana yang asli, Grylls juga ialah antara pendaki paling muda yang
pernah mencapai puncak Gunung Everest. Dia dianugerahkan pentauliahan kehormat
sebagai Leftenan Komander dalam Tentera Laut Diraja dan telah menulis 10 buku,
termasuk buku terlaris No. 1, “Mud Sweat and Tears.”
Grylls
juga pernah mengetuai ekspedisi yang memecahkan rekod dari Antartika ke Artik,
mengutip lebih $2.5 juta untuk kanak-kanak di seluruh dunia pada waktu itu. Grylls juga merupakan Ketua Pengakap paling muda kepada 28 juta Pengakap muda di seluruh dunia.
Grylls boleh
dilihat dalam jelajahnya dalam rancangan “Bear
Grylls: Mud, Sweat & Tears Live” di Norway, UK dan AS pada
tahun 2012.
Gabungan daya dorongan dan semangat filantropinya
menjadikan Grylls tambahan terbaik pada kempen Wear The Pants® bagi
jenaman Dockers®. Kempen Wear The Pants® yang memenangi Anugerah Effie 2011 menegaskan takrifan baru untuk kelelakian
pada hari ini; takrifan yang berakar umbi dalam kematangan maskulin, tetapi
juga dalam keberanian, kekesateriaan dan kesensitifan.
Evolusi 2012 bagi platform ini berterusan dengan kedudukan global yang
meraikan semangat pelaksana yang bersifat ingin tahun dan rajin, seseorang yang
berani menyambar peluang yang dan merealisasikan impiannya. Kempen
terbaru jenama Dockers® menampilkan beraneka jenis gaya Dockers®
moden yang terbaik untuk situasi “liar” yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Mengenai Jenama Dockers®
Jenama Dockers® telah merangkumi semangat khaki selama lebih 25 tahun.
Sejak pengenalannya pada tahun 1986, jenama Dockers®
telah menyempurnakan khaki—dan barangan penting yang mengiringinya—untuk lelaki
dan wanita di seluruh dunia. Tiada kompromi dalam kualiti. Gaya yang versatil dan penting. Siang ke malam. Isnin ke Ahad. Memakai seluar panjang tidak pernah kelihatan sebegitu bagus.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenama
Dockers® dan produknya, sila lawati www.dockers.my
*****
# Mahakarya gua Sperma Cinta dah dimiliki ribu orang jugak kalau dikira-kira. Terima kasih :)
# Novel pendek pertama daripada gua untuk tahun 2012 Jusoh Turbo. Cobalah rasa sendiri. Share




